My bookmarksSign up free
← Labuan Companies Act 1990

Labuan Companies Act 1990 s 26

Labuan Companies Act 1990 s 26

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 26

(1) Contracts on behalf of an offshore company may be Transacions made as follows: of a branch. (a) a contract which, if made between private persons, would by law be required to be in writing under seal, may be made on behalf of the company in writing under the common seal of the company; (b) a contract which, if made between private persons, would by law be required to be in writing signed by the parties to be charged therewith, may be made on behalf of the company in writing and signed by any person acting under its authority, express or implied; Or (c) a contract which, if made between private persons, would by law be valid although made by parol only, and not reduced into writing, may be made by parol on behalf of the company by any person acting under its authority, express or implied, [Pt. III, S. 26] and any contract so made shall be effectual in law and shall bind the company and its successors and all other parties thereto and may be varied or discharged in the manner in which it is authorized to be made (2) A document or proceeding requiring authentication by an offshore company may be signed by an authorized officer of the company and need not be under its common seal. (3) An offshore company may, by writing under its common seal, empower any person either generally or in respect of any specified matters as its agent or attorney to execute deeds on its behalf and a deed signed by such an agent or attorney on behalf of that company under his seal or under the appropriate seal of the company, shall bind the company; and all persons dealing in good faith shall be entitled to presume the regular and proper execution of the deed, and to act accordingly. (4) An offshore company may, if authorized by its articles, establish a branch in any part of the world but it shall not establish a branch in any part of Malaysia outside Labuan. (5) An offshore company and any branch thereof may have for use in any place outside Labuan a duplicate common seal which shall be a facsimile of the common seal of the company with the addition on its face of the name of that branch; that seal shall be known as the branch seal. (6) Where an offshore company has established a branch it may, in the instrumentestablishing the branch or in a subsequent instrument signed or sealed by the resident secretary or under its own seal, appoint one or more persons to be branch directors and to constitute a local board and make provision for a branch seal and for its custody and prescribe the person by whom such seal is to be affixed; and subject to any directions or restrictions imposed from time to time by the directors of the company, a branch shall have power to bind the company and to issue shares or debentures of the company. (7) A branch may enter into transactions in the same manner as the offshore company may enter into transactions. (8) Instruments made or authenticated under or by use of any branch seal of an offshore company shall be as effective as if the common seal of the company had been affixed : is. : [Pt. III-IV, S. 26-28] thereto; and the date on which and the place at which the branch seal is affixed to any instrument shall be shown on the instrument.

Malay text (authoritative)

(1) Kontrak-kontrak bagi pihak sesuatu syarikat luar pesisir boleh dibuat seperti berikut: (a) suatu kontrak yang, jika dibuat di antara orangorang persendirian, adalah dikehendaki oleh undang-undang dibuat secara bertulis di bawah meterai, boleh dibuat bagi pihak syarikat itu secara bertulis di bawah meterai biasa syarikat itu; (b) suatu kontrak yang, jika dibuat di antara orangorang persendirian, adalah dikehendaki oleh [Bah. III, S. 26] undang-undang dibuat secara bertulis dengan ditandatangani oleh pihak-pihak yang dipertanggungkan dengannya, boleh dibuat bagi pihak syarikat itu secara bertulis dan ditandatangani oleh mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya yang nyata atau tersirat; atau (c) suatu kontrak yang, jika dibuat di antara orangorang persendirian, adalah sah di sisi undangundang walaupun dibuat secara lisan sahaja, dan tidak diubah ke dalam bentuk tulisan, boleh dibuat secara lisan bagi pihak syarikat itu oleh mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya, yang nyata atau tersirat, dan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian hendaklah berkesan di sisi undang-undang dan hendaklah mengikat syarikat itu dan pengganti-penggantinya dan semua pihak lain kepadanya dan bolehlah diubah atau dilaksanakan mengikut cara yang ia dibenarkan dibuat. (2) Sesuatu dokumen atau prosiding yang menghendaki pengesahan oleh sesuatu syarikat luar pesisir bolehlah ditandatangani oleh seorang pegawai berkuasa syarikat itu dan tidak perlu dibuat di bawah meterai biasanya. (3) Sesuatu syarikat luar pesisir boleh, secara bertulis di bawah meterai biasanya, memberikuasa kepada manamana orang, sama ada secara am atau berkenaan dengan apa-apa perkara tertentu sebagai ejennya atau wakilnya, bagi menyempurnakan suratikatan bagi pihaknya, dan suratikatan yang ditandatangani oleh ejen atau wakil itu bagi pihak syarikat itu di bawah meterainya atau di bawah meterai yang sesuai bagi syarikat itu, hendaklah mengikat syarikat itu; dan semua orang yang berurusan dengan suci hati hendaklah berhak menganggap penyempurnaan suratikatan itu adalah mengikut aturan dan sempurna, dan bertindak sewajarnya. (4) Sesuatu syarikat luar pesisir boleh, jika dibenarkan oleh perkara-perkaranya, menubuhkan suatu cawangan di mana-mana bahagian dunia tetapi ia tidak boleh Larangan terhadap penjalanan perniagaan apabila pesisir tiada anggota. [Bah. III, S. 26-27] menubuhkan suatu cawangan di mana-mana bahagian Malaysia di luar Labuan. (5) Sesuatu syarikat luar pesisir dan mana-mana cawangannya boleh mempunyai untuk kegunaan di manamana tempat di luar Labuan suatu meterai biasa pendua yang hendaklah menjadi suatu facsimile meterai biasa syarikat itu dengan menambah pada mukanya nama cawangan itu; meterai itu hendaklah dikenali sebagai meterai cawangan. (6) Jika sesuatu syarikat luar pesisir telah menubuhkan suatu cawangan ia boleh, dalam suratcara yang menubuhkan cawangan itu atau dalam suatu suratcara yang kemudiannya yang ditandatangani atau dimeteraikan oleh setiausaha pemastautin atau di bawah meterainya sendiri, melantik seorang atau lebih untuk menjadi pengarah-pengarah cawangan dan untuk menubuhkan suatu lembaga tempatan dan membuat peruntukan bagi suatu meterai cawangan dan bagi penjagaannya dan menetapkan orang yang boleh mengecapkan meterai itu; dan tertakluk kepada apa-apa arahan atau sekatan yang dikenakan dari semasa ke semasa oleh pengarah-pengarah syarikat itu, sesuatu cawangan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengikat syarikat itu dan mengeluarkan syersyer atau debentur-debentur syarikat itu. (7) Sesuatu cawangan boleh mengadakan transaksi mengikut cara yang sama sebagaimana syarikat luar pesisir boleh mengadakan transaksi. (8) Suratcara-suratcara yang dibuat atau disahkan di bawah atau dengan menggunakan mana-mana meterai cawangan sesuatu syarikat luar pesisir hendaklah sama berkesannya seolah-olah meterai biasa syarikat itu telah dicapkan padanya; dan tarikh bila dan tempat di mana meterai cawangan itu dicapkan pada mana-mana suratcara hendaklah ditunjukkan pada suratcara itu.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 441 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next