My bookmarksSign up free
← Labuan Companies Act 1990

Labuan Companies Act 1990 s 63

Labuan Companies Act 1990 s 63

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 63

(1) Jika sesuatu syarikat amanah bertindak sebagai Obligasipemegang amanah bagi pemegang mana-mana debentur pengarah sesuatu syarikat peminjam, pengarah-pengarah syarikat peminjam itu hendaklah— peminjam. (a) di akhir sesuatu tempoh yang tidak melebihi tiga bulan yang tamat pada hari yang syarikat amanah itu dengan ini dıkehendakı memberıtahu syarıkat peminjam secara bertulis; dan (b) di akhir setiap tempoh berikutannya selepas itu, iaitu suatu tempoh selama tiga bulan atau apaapa masa yang lebih singkat yang dibenarkan oleh svarikat amanah itu dalam mana-mana hal keadaan yang khas, menyediakan suatu laporan yang berhubungan dengan tempoh itu dan mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (2) dan, dalam masa tiga puluh hari selepas berakhirnya setiap tempoh itu, menyerahkan suatu salinan laporan yang berhübungan dengan tempoh itu kepada Pendaftar dan kepada syarikat amanah itu. Penalti: Sepuluh ribu ringgit. Penalti ingkar. [Bah. IV, S. 63] (2) Laporan yang tersebut dalam subseksyen (1) hendaklah ditandatangani oleh tidak kurang daripada dua orang pengarah bagi pihak kesemua pengarah dan hendaklah menyatakan secara terperıncı apa-apa perkara yang memudaratkan cagaran atau kepentingan pemegangpemegang debentur dan, tanpa menyentuh keluasan makna yang disebut di atas, hendaklah menyatakan— (a) sama ada atau tidak batasan amaun yang syarikat itu boleh meminjam telah dilebihi; (b) sama ada atau tidak syarikat peminjam dan setiap syarikat penggerentinya telah menuruti dan melaksanakan kesemua waad dan peruntukan yang mengikat syarikat peminjam dan syarikat penggerenti itu masing-masingnya melalui atau menurut debentur-debentur atau apa-apa suratikatan amanah; (c) sama ada atau tidak apa-apa kejadian telah berlaku yang telah menyebabkan atau boleh menyebabkan debentur-debentur atau apa-apa peruntukan suratikatan amanah yang relevan boleh dikuatkuasakan dan, jika demikian, butirbutir mengenai kejadian itu; (d) sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan yang menyentuh syarikat peminjam, subsidiarisubsidiarinya atau syarikat-syarikat penggerentinya atau mana-mana daripadanya telah berlaku yang secara material menyentuh apaapa cagaran atau gadaian yang diwujudkan oleh debentur-debentur atau apa-apa suratikatan amanah dan, jika demikian, butir-butir mengenai hal-hal keadaan itu; (e) sama ada atau tidak telah terdapat apa-apa perubahan substantial pada jenis perniagaan syarikat peminjam atau mana-mana subsidiarinya atau mana-mana syarikat penggerentinya sejak debentur-debentur itu mulamula diterbitkan kepada awam yang dahulunya telah tidak dilaporkan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen ini dan, jika demikian, butir-butir mengenai perubahan itu; dan : : [Bah. IV, S. 63] (f) jika syarikat peminjam telah mendepositkan wang dengan, atau meminjamkan wang kepada, atau mengambil alih apa-apa liabiliti, sesuatu syarikat yang menurut seksyen 4 disifatkan berkaitan dengan syarikat peminjam itu, butirbutir mengenai— (i) jumlah amaun yang telah didepositkan atau dipinjamkan demikian dan takat apa-apa liabiliti yang telah diambil alih dalam tempoh yang diliputi oleh laporan (ii) jumlah amaun yang terhutang kepada syarikat peminjam itu berkenaan dengan wang yang telah didepositkan atau dipinjamkan demikian dan takat apa-apa liabiliti yang telah diambil alih itu sebagaimana di akhir tempoh yang diliputi oleh laporan itu, dengan membezakan di antara deposit, pinjaman dan pengambilalihan liabiliti yang bercagar dengan yang tak bercagar, tetapi tidak termasuk apa-apa deposit dengan atau pinjaman kepada atau apa-apa liabiliti yang diambil alih bagi pihak sesuatu syarikat jika syarikat itu telah menggerenti pembayaran balik debenturdebentur syarikat peminjam dan telah menjamin gerenti itu dengan suatu gadaian ke atas asetasetnya bagi faedah syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang-pemegang debentur syarikat peminjam itu. (3) Jika sesuatu syarikat amanah bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang mana-mana debentur yang diterbitkan oleh sesuatu syarikat peminjam, syarikat peminjam itu dan setiap syarikat penggerenti yang telah menggerentikan pembayaran balik wang yang telah diperdapatkan melalui penerbitan debentur-debentur itu hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari selepas pewujudan gadaian itu, memberikan kepada syarikat amanah bagi pihak pemegang-pemegang debentur itu, sama ada atau tidak apa-apa tuntutan mengenainya telah [Bah. IV, S. 63] dibuat, butir-butir mengenai apa-apa gadaian yang diwujudkan oleh syarikat itu atau syarikat penggerenti itu, mengikut kehendak keadaan, dan jika amaun yang hendak didahulukan atas jaminan gadaian itu tak tertentu (dalam masa tujuh hari selepas pendahuluan itu) butir-butir mengenai amaun atau amaun-amaun yang sebenarnya dıdahulukan, tetapi jika apa-apa pendahuluan itu disatukan dalam suatu akaun semasa dengan jurubankjurubank atau pemiutang-pemiutang perdagangan, adalah mencukupi bagi butir-butir mengenai amaun bersih yang belum jelas berkenaan dengan apa-apa pendahuluan itu diberikan tiap-tiap tiga bulan. (4) Pengarah tiap-tiap syarikat peminjam yang telah menerbitkan debentur-debentur kepada awam dan. pengarah tiap-tiap syarikat penggerenti yang telah menggerenti pembayaran semula wang yang diperdapatkan melalui penerbitan debentur-debentur kepada awam hendaklah, pada sesuatu tarikh yang tidak lewat daripada sembilan bulan, atau dalam hal sesuatu syarikat tertentu, tidak lewat daripada apa-apa tempoh lain yang pada masa ini ditetapkan oleh Pendaftar dengan persetujuan syarikat amanah yang bertindak bagi pihak pemegang-pemegang debentur syarikat itu, selepas habisnya tempoh setiap tahun kewangan syarikat itu, menyebabkan dibuat dan diserahkan kepada Pendaftar dan kepada syarikat amanah itu suatu akaun keuntungan dan kerugian bersama-sama dengan pernyataan terperinci mengenai liabiliti belum bayar di bawah debentur itu bagi tempoh mulai dari akhir tahun kewangan itu hingga a bisnya tempon snamo kulai kirleparo serakkiman aaad akhir tempoh yang dimaksudkan oleh akaun keuntungan dan kerugian itu. (5) Jika sesuatu syarikat penggerenti, iaitu syarikat yang diperbadankan di mana-mana negeri atau wilayah yang dinamakan bagi maksud seksyen ini oleh Menteri, telah menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dị mana-mana negeri atau wilayah yang dinamakan itu suatu akaun keuntungan dan kerugian dan kunci kıra-kıra bagi tempoh yang relevan itu, maka ia hendaklah menjadi pematuhan yang mencukupi dengan kehendak-kehendak : : [Bah. IV, S. 63-64] subseksyen (4) jika, dengan persetujuan syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang-pemegang debentur syarikat peminjam itu, telah diserahkan kepada Pendaftar dan syarikat amanah itu salinan-salinan diperakui bagi akaun keuntungan dan kerugian dan kunci kira-kira yang diserahkan demikian. (6) Jika pengarah-pengarah sesuatu syarikat peminjam tidak menyerahkan kepada syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegangpemegang debentur syarikat itu suatu laporan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (1), atau jika pengarah-pengarah sesuatu syarikat peminjam atau pengarah-pengarah sesuatu syarikat penggerenti tidak menyerahkan kepada Pendaftar dan syarikat amanah akaun keuntungan dan kerugian, pernyataan terperinci dan kunci kira-kira sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (4) dalam masa yang ditetapkan itu, syarikat amanah itu hendaklah, dengan seberapa cepat mungkin, menyerahkan notis mengenai fakta itu kepada Pendaftar.

Read this section in the full act →

Find Act 441 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next