Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.
s 12A Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai
(1) Maka hendaklah dibayar dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai yang ditubuhkan di bawah seksyen 111B Akta Cukai Pendapatan 1967 apa-apa amaun cukai yang dipungut di bawah Akta ini sebagaimana yang diberi kuasa oleh Menteri.
(2) Wang daripada Kumpulan Wang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dipakai bagi membuat sesuatu pembayaran balik di bawah seksyen 12.
(3) Seksyen 14A Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] tidak terpakai bagi mana-mana pembayaran balik yang dibuat di bawah seksyen 12.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).