s 24J Kewajipan dan tanggungjawab berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan
Majikan atau penyedia penginapan berpusat yang menyediakan penginapan untuk pekerja di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang berikut: (a) untuk menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja yang berlainan jantina; (b) untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja; (c) untuk mengambil langkah keselamatan kebakaran mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan; (d) untuk memastikan bahawa sistem pendawaian elektrik mematuhi kehendak keselamatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan; (e) untuk memastikan bahawa pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan; dan (f) untuk mengambil langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit berjangkit sebagaimana yang diperintahkan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan dan majikan hendaklah, atas perbelanjaannya sendiri, membuat perkiraan sebagaimana yang diperintahkan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan supaya semua atau mana-mana pekerja diberikan imunisasi terhadap mana-mana penyakit berjangkit.