My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 17

Electricity Supply Act 1990 s 17

s 17 Reduction or cessation of supply: liability

(1) Any licensee may reduce, as he may think fit, the quantity of electricity supplied to any consumer if by reason of any unforeseen circumstances electricity generated is insufficient to enable the full quantity to be conveniently supplied. (2) Where the quantity of electricity has been reduced as aforesaidβ€” (a) no liability shall be incurred by the licensee in respect of any loss or damage caused by the reduction; and (b) in appropriate cases, an abatement in the charges for the supply of electricity shall be made in proportion to the reduction made. (3) Any licensee shall not be liable for any damage to any person or property or for any cessation of the supply of electricity which may be due to unavoidable accident, fair wear and tear or overloading due to unauthorized connection of equipment, or to reasonable requirements of the system, or to defects in any installation not provided by the licensee, but shall be liable only when the damage or cessation is shown to have resulted from negligence on the part of persons employed by the licensee, his agents or servants, as the case may be, or from his faulty construction of the installation.

Malay text (authoritative)

Pengurangan atau pemberhentian bekalan: liabiliti

(1) Mana-mana pemegang lesen boleh mengurangkan, sebagaimana yang difikirkannya patut, kuantiti elektrik yang dibekalkan kepada mana-mana pengguna jika disebabkan oleh apaapa hal keadaan yang di luar jangkaan elektrik yang dijanakuasakan tidak mencukupi untuk membolehkan kuantiti sepenuhnya dibekalkan dengan mudah. (2) Jika kuantiti elektrik telah dikurangkan seperti yang disebut terdahuluβ€” (a) tiada liabiliti boleh dilakukan oleh pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pengurangan itu; dan (b) dalam hal yang wajar, suatu potongan pada caj bagi bekalan elektrik hendaklah dibuat berkadaran dengan pengurangan yang dibuat. (3) Mana-mana pemegang lesen tidak bertanggungan bagi apaapa kerosakan kepada mana-mana orang atau apa-apa harta atau bagi apa-apa pemberhentian bekalan elektrik yang mungkin disebabkan oleh kemalangan yang tidak dapat dielakkan, rosak rosot biasa atau beban berlebihan diakibatkan oleh sambungan kelengkapan yang tidak dibenarkan, atau disebabkan oleh kehendak munasabah sistem itu, atau disebabkan oleh kecacatan pada mana-mana pepasangan yang tidak disediakan oleh pemegang lesen, tetapi hanya akan bertanggungan apabila kerosakan atau pemberhentian itu jelas kelihatan sebagai telah diakibatkan oleh kecuaian pada pihak orang yang diambil kerja oleh pemegang lesen, ejen atau pekhidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau diakibatkan oleh pembinaan tidak sempurna pepasangan itu oleh pemegang lesen. (4) Tanpa menjejaskan subseksyen (3), pemegang lesen hendaklah membetulkan dan membaiki apa-apa kerosakan untuk memastikan keberterusan pembekalan elektrik dan, jika berkenaan, membayar pampasan bagi apa-apa kerosakan dalam tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya jika ditunjukkan bahawa kerosakan itu adalah akibat daripada kecuaian pemegang lesen, ejen atau pekerjanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act β†’

Find Act 447 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next