My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 30A

Electricity Supply Act 1990 s 30A

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 30A Pemberitahuan pertikaian dan keputusan mengikat oleh Suruhanjaya

(1) Mana-mana pihak kepada sesuatu pertikaian boleh, secara bertulis, memberitahu Suruhanjaya mengenai pertikaian yang tidak dapat diselesaikan itu melalui perundingan di bawah subseksyen 30(1). (2) Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 30(2) hendaklah hanya bersidang untuk menyelesaikan suatu pertikaian itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa— (a) suatu persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian itu tidak akan tercapai atau tidak akan tercapai dalam masa yang munasabah; dan (b) pertikaian itu dan pemberitahuannya bukan sesuatu yang ringan, remeh atau menyusahkan. (3) Jawatankuasa boleh menyelesaikan pertikaian itu atas apa-apa terma dan syarat mengikut yang difikirkannya patut. (4) Terma dan syarat di bawah subseksyen (3) hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan alasan bagi keputusan jawatankuasa itu. (5) Keputusan jawatankuasa itu hendaklah disifatkan sebagai keputusan Suruhanjaya dan mengikat pihak-pihak itu. (6) Sesuatu keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini boleh, dengan izin Mahkamah Sesyen, dikuatkuasakan mengikut cara yang sama sebagaimana penghakiman atau perintah yang sama kesannya oleh Mahkamah Sesyen, dan jika izin telah diberikan sedemikian, penghakiman boleh dibuat mengikut terma keputusan Suruhanjaya itu dan seolah-olah keputusan itu ialah penghakiman Mahkamah itu. (7) Penghakiman di bawah subseksyen (6) hanya boleh dibuat jika perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada mana-mana pihak bagi izin untuk dibawa ke Mahkamah bagi penguatkuasaan keputusan itu tetapi tiada perakuan dikehendaki jika suatu tindakan diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.

Read this section in the full act →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next