My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 30

Electricity Supply Act 1990 s 30

s 30 Determination of dispute

(1) Any party to any dispute under sections 24 to 29 regarding a supply of electricity may refer the dispute to the Commission for the decision of the Commission. (2) The Commission shall determine the dispute and make an order accordingly: Provided that in a case where the Commission thinks fit the dispute may be determined by an arbitrator to be appointed by the Commission. (3) The practice and procedure to be followed in the determination of any dispute under subsection (2) shall be such as the Commission may consider appropriate. (4) Pending the determination of any dispute arising under sections 24 to 29 between a licensee and a person requiring a supply of electricity, the licensee shall continue to give the supply of electricity until the determination of the dispute. (5) Any order under subsection (2) may include a provision requiring either party to pay the costs or expenses incurred by the Commission or the arbitrator, as the case may be, in determining the dispute.

Malay text (authoritative)

Penentuan pertikaian

(1) Sesuatu pertikaian antara dua orang atau lebih berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah seksyen 9E, 17, 24 hingga 29 dan 32 hendaklah terlebih dahulu cuba diselesaikan melalui perundingan antara pihak-pihak kepada pertikaian itu. (2) Jika pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak dapat atau selainnya tidak mencapai suatu persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian itu, pihak-pihak itu boleh mencari penyelesaian pertikaian itu melalui suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian: Dengan syarat bahawa dalam hal yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, pertikaian itu boleh ditentukan melalui timbang tara di bawah seksyen 36. (3) Amalan dan tatacara yang hendak diikuti apabila menentukan apa-apa pertikaian di bawah subseksyen (2) hendaklah seperti apa yang didapati wajar oleh Suruhanjaya. (4) Sementara menanti penentuan apa-apa pertikaian yang berbangkit di bawah seksyen 9E, 17, 24 hingga 29 dan 32 di antara pemegang lesen dan orang yang menghendaki bekalan elektrik, pemegang lesen hendaklah meneruskan pemberian bekalan elektrik sehingga penentuan pertikaian itu. (5) Apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) boleh termasuk suatu peruntukan yang menghendaki salah satu pihak membayar kos atau perbelanjaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya dalam menentukan pertikaian itu.

Read this section in the full act →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next