LawPlayer
My bookmarks
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 4

Electricity Supply Act 1990 s 4

Act no.
Act 447
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Electricity Supply Act 1990 [Act 447], s 4

s 4 Functions and duties

The Commission shall carry out such functions and duties as follows: (a) to issue licences under section 9 of this Act; (b) to exercise regulatory functions in respect of the service of providing electricity by the licensee including the determination of performance standards and standards of facilities and services and the enforcement thereof; (c) to promote competition in the generation and supply of electricity to, inter alia, ensure the optimum supply of electricity at reasonable prices; (d) to promote the interests of consumers of electricity supplied by licensees in respect of— (i) the prices to be charged and the other conditions of electricity supply; (ii) the continuity of electricity supply; and (iii) the quality of the electricity supply services provided; (e) to secure that all reasonable demands for electricity are satisfied; (f) to secure that licensees are able to finance the carrying on of the activities which they are authorized by their licences to carry on; (g) to promote and encourage the generation of electricity with a view to the economic development of Malaysia; (h) to regulate the interval and manner in which any electrical installation or equipment shall be inspected; (i) to devise the nature of test to be employed and to prescribe minimum qualifications and practical experience for any purpose in the pursuance of this Act; (j) to investigate any accident or fire involving any electrical installation; (k) to provide, where necessary, for the registration of any installation, electrical contractor, manufacturer and importer, and any competent person; (l) to prescribe the minimum standards and specifications and appraise and approve, where necessary, any electrical installation or equipment; (la) to promote the efficient use of electricity; and (m) to carry on all such other activities as may appear to the Commission requisite, advantageous or convenient for the purpose of carrying out or in connection with the performance of his functions and duties under this Act.

Malay text (authoritative)

Fungsi dan tugas

Suruhanjaya hendaklah menjalankan fungsi dan tugas seperti yang berikut: (a) untuk mengeluarkan lesen di bawah seksyen 9 Akta ini; (b) untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan mengadakan elektrik oleh pemegang lesen termasuk menentukan standard pembekalan dan perkhidmatan, standard prestasi dan standard kemudahan dan perkhidmatan dan penguatkuasaannya; (c) untuk menggalakkan persaingan dalam penjanakuasaan dan pembekalan elektrik untuk, antara lainnya, memastikan pembekalan optimum elektrik pada harga yang munasabah; (d) untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan kepentingan pengguna dan penguatkuasaan berkenaan dengan— (i) harga yang akan dikenakan dan syarat lain bagi bekalan elektrik; (ii) keberterusan bekalan elektrik; (iii) kualiti perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan; dan (iv) kualiti bekalan elektrik yang termasuklah kebolehpercayaan dan kualiti kuasa; (e) untuk memastikan bahawa segala tuntutan yang munasabah untuk elektrik dipenuhi; (ea) untuk mengawal selia aktiviti pemegang lesen supaya semua permintaan yang munasabah bagi elektrik dipenuhi; (f) untuk memastikan bahawa pemegang lesen dapat membiayai penjalanan aktiviti yang dibenarkan oleh lesen mereka untuk dijalankan; (g) untuk menggalakkan dan menggiatkan penjanakuasaan elektrik bagi tujuan kemajuan ekonomi Malaysia; (ga) untuk menggalakkan pembangunan dan penyenggaraan sistem yang selamat dan berkesan bagi penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan dan pembekalan elektrik kepada pengguna dan penambahbaikan kehendak keselamatan yang berterusan; (gb) untuk menguatkuasakan standard bagi pepasangan elektrik dan infrastruktur bekalan elektrik pemegang lesen, produk elektrik dan kelengkapan elektrik pengguna; (h) untuk mengawal selia lat tempoh dan cara bagaimana apaapa pepasangan atau kelengkapan elektrik hendak diperiksa; (i) untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk menetapkan kelayakan dan pengalaman praktik yang minimum bagi apa-apa maksud menurut Akta ini; (j) untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan apa-apa pepasangan elektrik; (k) untuk mengadakan peruntukan, jika perlu, bagi pendaftaran apa-apa pepasangan, orang yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap, unit pendawaian persendirian, kontraktor elektrik, kontraktor perkhidmatan elektrik, kontraktor pembaikan elektrik, pengilang dan pengimport, pusat atau institusi latihan dan peperiksaan, badan penilaian pematuhan dan mana-mana orang yang kompeten, sebagaimana yang ditetapkan; (l) untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum dan menaksirkan serta meluluskan, jika perlu, apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik; (la) untuk menggalakkan penggunaan elektrik dengan cekap; (lb) untuk mengkaji semula atau mengaudit apa-apa maklumat yang dikehendaki untuk diberikan oleh pemegang lesen kepada Suruhanjaya; (lc) untuk mengaudit atau menyebabkan supaya diaudit aktiviti mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan (m) untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang ternyata pada Suruhanjaya adalah dikehendaki, berfaedah atau mudah bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part III →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Electricity Supply Act 1990, s 4 is headed “Functions and duties” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Electricity Supply Act 1990, s 4 begins “The Commission shall carry out such functions and duties as follows: (a) to issue licences under section 9 of this Act; (b) to exercise…”.
Location
Electricity Supply Act 1990, s 4 is placed under “Part III: Functions, duties and powers of commission”.
Version
The text of Electricity Supply Act 1990 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2006.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Electricity Supply Act 1990, s 4 is s 3.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Electricity Supply Act 1990, s 4 is s 4A.
Synced
LawPlayer last synced the text of Electricity Supply Act 1990 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Electricity Supply Act 1990, s 4 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next