My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 40

Electricity Supply Act 1990 s 40

s 40 Onus of proof

In any prosecution for an offence under subsection 37(3) proof of— (a) the existence of artificial means which, either alone or in conjunction with additional artificial means not found, could be used for altering, or facilitating the alteration, of the index of any meter or instrument used for registering the quantity of electricity supplied; (b) the existence of artificial means which, either alone or in conjunction with additional artificial means not found, would prevent, or facilitate the prevention of, any meter or instrument from duly registering the quantity of electricity supplied, or would facilitate the dishonest abstraction, consumption, or use of electricity; or (c) (i) the fitting of any mechanical or other means to; (ii) the absence or removal of any part or connection from; or (iii) the interference with any part or connection of, any apparatus in the circumstances that the fitting, absence, removal or interference would prevent or facilitate the prevention of any meter or other instrument from duly registering the quantity of electricity supplied, or would facilitate the dishonest abstraction, consumption or use of electricity, shall be prima facie evidence that there has been dishonest alteration of the index of any meter or instrument, or prevention, abstraction, consumption or use of electricity, as the case may be; and (A) that the dishonest alteration, prevention, abstraction, consumption or use, as the case may be, has been carried out by— (a) the person fitting the artificial, mechanical or any other such part or connection as aforesaid; (b) the person removing any such part or connection as aforesaid; (c) the person interfering with any such part or connection as aforesaid; (d) the consumer using the meter or instrument; (e) the person having control of the installation where it is fixed; or (f) the occupiers of the premises on which the meter or instrument is installed; or (B) that the person or consumer has abetted the offence of the alteration, prevention, abstraction, consumption or use, as the case may be.

Malay text (authoritative)

Beban pembuktian

Dalam apa-apa pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah subseksyen 37(3) bukti mengenai— (a) kewujudan kaedah-kaedah buatan, sama ada bersendirian atau berserta dengan kaedah-kaedah buatan tambahan yang tidak dijumpai, yang boleh digunakan bagi mengubah pinda, atau memudahkan pengubahpindaan, indeks mana-mana meter atau alat yang digunakan bagi mencatatkan kuantiti elektrik yang dibekalkan; (b) kewujudan kaedah-kaedah buatan, sama ada bersendirian atau berserta dengan kaedah-kaedah buatan tambahan yang tidak dijumpai, yang akan menghalang, atau memudahkan penghalangan, mana-mana meter atau alat daripada mencatatkan dengan sempurnanya, kuantiti elektrik yang dibekalkan, atau yang akan memudahkan pengambilan, penggunahabisan, atau penggunaan elektrik dengan curang; atau (c) (i) pemasangan apa-apa kaedah mekanik atau kaedah lain pada; (ii) ketiadaan atau pengalihan apa-apa bahagian atau sambungan daripada; atau (iii) penggangguan apa-apa bahagian atau sambungan, apa-apa radas mengikut hal keadaan yang pemasangan, ketiadaan, pengalihan atau penggangguan itu akan menghalang atau memudahkan penghalangan mana-mana meter atau alat lain daripada mencatatkan dengan sempurnanya kuantiti elektrik yang dibekalkan, atau yang akan memudahkan pengambilan, penggunahabisan atau penggunaan elektrik dengan curang, hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa telah ada pengubahpindaan dengan curang indeks mana-mana meter atau alat, atau penghalangan, pengambilan, penggunahabisan atau penggunaan elektrik dengan curang, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (A) bahawa pengubahpindaan, penghalangan, pengambilan, penggunahabisan atau penggunaan dengan curang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dijalankan oleh— (a) orang yang memasang bahagian atau sambungan buatan, mekanik atau apa-apa bahagian atau sambungan lain seperti yang disebut terdahulu; (b) orang yang mengalihkan mana-mana bahagian atau sambungan seperti yang disebut terdahulu; (c) orang yang mengganggu mana-mana bahagian atau sambungan seperti yang disebut terdahulu; (d) pengguna yang menggunakan meter atau alat itu; (e) orang yang mempunyai kawalan ke atas pepasangan di mana ia terpasang; atau (f) penduduk premis yang padanya meter atau alat itu dipasang; atau (B) bahawa orang atau pengguna itu telah bersubahat melakukan kesalahan mengubah pinda, menghalang, mengambil, mengguna habis atau mengguna itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next