s 44C Kumpulan Wang Industri Elektrik
(1) Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Industri Elektrik” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya. (2) Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dan dibayar oleh pemegang lesen menurut seksyen 44B; (b) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Kumpulan Wang Industri Elektrik dari semasa ke semasa; (c) semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik, termasuk faedah pendapatan; dan (d) semua wang lain yang diterima secara sah oleh Suruhanjaya bagi pihak Kumpulan Wang Industri Elektrik. (3) Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut: (a) untuk menguruskan impak tarif elektrik terhadap pengguna; atau (b) apa-apa maksud lain yang berkaitan dengan industri elektrik sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya.