My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 5

Electricity Supply Act 1990 s 5

s 5 Power of entry by warrant or otherwise, inspection, examination, seizure, etc.

(1) An authorized officer may, for the purposes of discharging any of his duties or carrying out any of his functions under this Act or any regulation made thereunder, or otherwise for any of the purposes of this Act or any regulation, enter at any reasonable time upon any land, house or building with or without supply of electricity to inspect and examine any part of an installation or equipment, or for other proper cause. (2) In every case where information is given on oath to any magistrate that there is reasonable cause for suspecting that there is in any land, house or building any article, thing, book, document, installation or part thereof used or intended to be used in relation to which any offence under this Act has been committed, he shall issue a warrant under his hand by virtue of which any authorized officer or police officer not below the rank of Inspector named or referred to in the warrant may enter the land, house or building at any reasonable time by day or night, and search for and seize or seal any such article, thing, book, document, installation or part thereof: Provided that if an authorized officer or police officer not below the rank of Inspector is satisfied upon information received that he has reasonable grounds for believing that by reason of delay in obtaining a search warrant, any article, thing, book, document, installation or part thereof used to commit or to be used to commit an offence under this Act is likely to be removed or destroyed, he may enter such land, house or building without a warrant and seize or seal any such article, thing, book, document, installation or part thereof from therein. (3) An authorized officer or a police officer not below the rank of Inspector making the search may seize any article, thing, book, document, installation or part thereof used or intended to be used or capable of being used for the purpose of committing an offence under this Act and if such article, thing, book, document, installation or part thereof is seized, he shall produce the same before the magistrate, and upon such production the magistrate shall direct the same to be kept in the custody of the authorized officer or the police for the purpose of any investigation or prosecution under this Act. (4) Any authorized officer or police officer not below the rank of Inspector may in the exercise of his powers under subsection (2) or (3), if it is necessary so to do— (a) break open any outer or inner door of the dwelling house or any other premises and enter thereinto; (b) forcibly enter the place and every part thereof; (c) remove by force any obstruction to entry, search, seizure and removal as he is empowered to effect; and (d) detain every person found in the place until the place has been searched. (5) The authorized officer or police officer not below the rank of Inspector seizing any article, thing, book, document, installation or part thereof under subsection (2) or (3)shall prepare a list of the things seized and forthwith deliver a copy signed by him to the occupier, or his agents or servants present in the premises and if the premises are unoccupied, such authorized officer or police officer shall wherever possible post a list of the things seized on the premises. (6) An authorized officer shall at all times carry an official identification card or badge in such form as may be prescribed, and no person shall be obliged to admit to his land, house or building any person purporting to be an authorized officer except upon production of the identification card or badge.

Malay text (authoritative)

Kuasa memasuki dengan waran atau selainnya, memeriksa, memeriksa teliti, menyita, dsb.

(1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, bagi maksud menunaikan mana-mana tugasnya atau menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau selainnya bagi apa-apa maksud Akta ini atau mana-mana peraturan, memasuki mana-mana tanah, rumah atau bangunan dengan atau tanpa bekalan elektrik, pada bila-bila masa munasabah, untuk memeriksa dan memeriksa teliti mana-mana bahagian sesuatu pepasangan atau kelengkapan, atau untuk sebab berpatutan yang lain. (2) Dalam tiap-tiap hal di mana maklumat diberikan atas sumpah kepada mana-mana majistret bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa dalam mana-mana tanah, rumah atau bangunan terdapat apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan hendak digunakan yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, majistret itu hendaklah mengeluarkan suatu waran di bawah tandatangannya yang menurut kuasa waran itu mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan menggeledah dan menyita atau mengelak mana-mana benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu: Dengan syarat bahawa jika seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa atas sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah, apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan untuk melakukan atau yang akan digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini berkemungkinan dialihkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu tanpa waran dan menyita atau mengelak mana-mana benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya dari dalam tanah, rumah atau bangunan itu. (3) Seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat penggeledahan itu boleh menyita apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan atau yang boleh digunakan untuk maksud melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan jika benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu disita, dia hendaklah mengemukakannya di hadapan majistret, dan apabila dikemukakan, majistret hendaklah mengarahkan benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu disimpan dalam jagaan pegawai diberi kuasa atau polis bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan di bawah Akta ini. (4) Mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2) atau (3), jika didapati perlu untuk berbuat demikian— (a) memecahkan apa-apa pintu luar atau dalam rumah kediaman atau mana-mana premis lain dan memasukinya; (b) dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya; (c) mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan; dan (d) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu telah digeledah. (5) Pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyita apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah menyediakan suatu senarai barang-barang yang disita dan dengan serta-merta menghantar serah suatu salinan yang ditandatangani olehnya kepada penduduk, atau ejen atau pekhidmat penduduk itu yang berada di premis itu dan jika premis itu tidak diduduki, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu hendaklah di mana-mana mungkin menampalkan suatu senarai barang-barang yang disita di premis itu. (6) Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah pada setiap masa membawa suatu kad pengenalan atau lencana rasmi dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun boleh diwajibkan untuk membenarkan mana-mana orang yang mengaku dirinya sebagai seorang pegawai diberi kuasa memasuki tanah, rumah atau bangunannya kecuali apabila kad pengenalan atau lencana itu dikemukakan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next