My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 9

Electricity Supply Act 1990 s 9

s 9 Licence required for use of installations: terms, conditions and contents of licences

(1) Subject to such exemptions as may be prescribed, no person, other than a supply authority, shall— (a) use, work or operate or permit to be used, worked or operated any installation; or (b) supply to or for the use of any other person electricity from any installation, except under and in accordance with the terms of a licence expressly authorizing the supply or use, as the case may be. (2) Licences may be granted by the Commission with the approval of the Minister upon payment of such fees and upon such conditions as appear to be requisite or expedient having regard to the duties imposed by section 4. (2A) The Commission may, whether a notice has been served or not, levy a surcharge for the late payment of fees due to from a licensee to the Commission, at a rate of one per cent per month or part of a month on such fees or at any other rate as may be prescribed. (3) No licence shall be capable of being transferred unless the written consent of the Minister has been given. (4) Licences may be for such periods as the Commission may in each several case approve: Provided that no licence shall without the express approval of the Minister be for a period exceeding twenty-one years. (5) The duration of any licence shall be set out therein. (6) Any licence for a public installation shall set out— (a) the area of supply; (b) the declared voltage and the variations permitted there from; (c) the maximum charges payable by consumers; and (d) such other matters as the Commission may consider necessary.

Malay text (authoritative)

Lesen dikehendaki bagi penggunaan pepasangan: terma, syarat dan kandungan lesen

(1) Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang diberikan di bawah Akta ini, tiada seorang pun, selain pihak berkuasa bekalan, boleh— (a) menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan atau membenarkan diguna, dikerja atau dikendalikan apa-apa pepasangan; atau (b) membekalkan elektrik daripada mana-mana pepasangan kepada atau bagi kegunaan mana-mana orang lain, kecuali di bawah dan mengikut terma dan syarat sesuatu lesen sebagaimana yang ditetapkan yang membenarkan pembekalan atau penggunaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Lesen boleh diberikan oleh Suruhanjaya dengan kelulusan Menteri apabila dibayar apa-apa fi dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat memandangkan tugas yang dikenakan oleh seksyen 4. (2A) Suruhanjaya boleh, sama ada notis telah diserahkan atau tidak, mengenakan suatu surcaj bagi pembayaran lewat fi yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada Suruhanjaya, pada kadar satu peratus sebulan atau sebahagian daripada satu bulan atas fi sedemikian atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditetapkan. (2B) Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh memberikan suatu lesen apabila fi dibayar dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat memandangkan tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 berkenaan dengan apa-apa pepasangan yang ditetapkan. (2C) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan berkenaan dengan apa-apa pepasangan. (3) Tiada lesen boleh dipindah milik melainkan jika keizinan bertulis Menteri telah diberikan. (4) Tempoh lesen adalah selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh Suruhanjaya dalam setiap satu hal: Dengan syarat bahawa tanpa kelulusan nyata daripada Menteri, tiada lesen boleh mempunyai tempoh melebihi dua puluh satu tahun. (5) Tempoh lamanya apa-apa lesen hendaklah dinyatakan di dalamnya. (6) Apa-apa lesen bagi suatu pepasangan awam hendaklah menyatakan— (a) kawasan bekalan; (b) voltan yang ditentukan dan variasi yang dibenarkan daripadanya; (c) caj maksimum yang kena dibayar oleh pengguna; dan (d) apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya. (7) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, pada bila-bila masa— (a) mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan ke atas lesen, termasuk lesen sedia ada; atau (b) meminda apa-apa terma atau syarat yang dikenakan ke atas lesen itu, mengikut tatacara sebagaimana yang boleh ditetapkan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next