s 13 Saving of existing settlements and the power to make future settlements
(1) Nothing in this Act other than subsection 5(2) shall interfere with or affect any settlement or agreement for a settlement made or to be made, whether before or after marriage, respecting the property of any married woman.
(2) No restriction against anticipation contained in any settlement or agreement for a settlement of a woman’s own property to which proviso (a) to subsection 5(1) applies shall, if made or entered into by such woman have any validity against debts contracted by her before marriage, and no settlement or agreement for a settlement shall have any greater force or validity against creditors of a woman than a like settlement or agreement for a settlement made or entered into by a man would have against his creditors.
Malay text (authoritative)
Kecualian bagi penyelesaian sedia ada dan kuasa untuk membuat penyelesaian pada masa hadapan
(1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini selain subseksyen 5(2) boleh menganggu atau menjejaskan apa-apa penyelesaian atau persetujuan bagi suatu penyelesaian yang dibuat atau akan dibuat, sama ada sebelum atau selepas perkahwinan, berkenaan dengan harta mana-mana perempuan bersuami.
(2) Tiada sekatan terhadap jangkaan yang terkandung dalam apa-apa penyelesaian atau persetujuan bagi suatu penyelesaian bagi harta kepunyaan seorang perempuan yang baginya proviso (a) kepada subseksyen 5(1) terpakai boleh, jika dibuat atau dimasuki oleh perempuan itu mempunyai apa-apa kesahan terhadap hutang yang dikontrakkan oleh perempuan itu sebelum perkahwinan, dan tiada penyelesaian atau persetujuan bagi suatu penyelesaian mempunyai kuat kuasa atau kesahan yang lebih besar terhadap pemiutang seseorang perempuan berbanding kuat kuasa atau kesahan bagi penyelesaian atau persetujuan bagi suatu
Perempuan Bersuami
penyelesaian yang sama yang dibuat atau dimasuki oleh seseorang lelaki terhadap pemiutang lelaki itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).