(1) The Railway Ordinance 1948 is repealed.
(2) Notwithstanding subsection (1), all subsidiary legislations made under or in accordance with the repealed Ordinance shall, in so far as they are not inconsistent with this Act, continue in force until amended, revoked or replaced by this Act.
(3) Except in so far as it is expressly provided to the contrary, nothing in this Act shall—
(a) affect the previous operation of, or anything duly done or suffered under the repealed Ordinance; and
(b) affect any right, title, interest, liberty, privilege, obligation or liability acquired, accrued or incurred under the repealed Ordinance.
(4) All rent payable in respect of any lease of railway reserves granted under the provisions of the repealed Ordinance shall, upon the commencement of this Act, be paid into the Federal Consolidated Fund.
Malay text (authoritative)
Pemansuhan dan kecualian
(1) Ordinan Keretapi 1948 adalah dimansuhkan.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah atau mengikut Ordinan termansuh hendaklah, setakat yang perundangan subsidiari itu selaras dengan Akta ini, terus
berkuat kuasa sehinggalah dipinda, dibatalkan atau digantikan oleh Akta ini.
(3) Kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—
(a) menyentuh penguatkuasaan terdahulu, atau apa-apa jua yang dilakukan atau dibiarkan dengan sewajarnya di bawah Ordinan termansuh; dan
(b) menyentuh apa-apa hak, hak milik, kepentingan, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Ordinan termansuh.
(4) Segala sewa yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa pajakan rizab keretapi yang diberikan di bawah peruntukan Ordinan termansuh hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).