My bookmarksSign up free
← Railways Act 1991

Railways Act 1991 s 12

Railways Act 1991 s 12

s 12 Powers in case of accident

(1) The Director General may, in case of any accident happening or being apprehended to any cutting, embankment or other work under the control of a railway company, authorize that railway company to enter upon any land adjoining its railway for the purpose of carrying out repairs or preventing an accident and to do all such works as are necessary for that purpose. (2) Notwithstanding subsection (1), a railway company may, in cases of necessity, enter upon any land for the purpose of carrying out repairs or preventing an accident without having previous authorization from the Director General, but in such a case the railway company shall, within twenty four hours after such entry, make a report to the Director General, specifying the nature of the accident or apprehended accident and of the works necessary to be done. (3) If after considering the report the Director General is of the opinion that there is no danger or apprehended danger to the public, the railway company shall immediately cease work on such lands.

Malay text (authoritative)

Kuasa dalam hal kemalangan

(1) Ketua Pengarah boleh, dalam hal apa-apa kemalangan yang berlaku atau yang dibimbangkan akan berlaku pada apa-apa tarahan, benteng atau kerja lain yang di bawah kawalan suatu syarikat keretapi, membenarkan syarikat keretapi itu memasuki mana-mana tanah yang berdampingan dengan keretapinya bagi maksud menjalankan pembaikan atau mencegah suatu kemalangan dan untuk melakukan segala kerja yang perlu bagi maksud itu. (2) Walau apa pun subseksyen (1), syarikat keretapi boleh, dalam hal peri mustahak, memasuki mana-mana tanah bagi maksud menjalankan pembaikan atau mencegah suatu kemalangan tanpa mendapat kebenaran terdahulu daripada Ketua Pengarah, tetapi dalam hal sedemikian syarikat keretapi itu hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam selepas kemasukan itu, membuat satu laporan kepada Ketua Pengarah, dengan menyatakan jenis kemalangan atau kemalangan yang dibimbangkan itu dan jenis kerja yang perlu dilakukan. (3) Jika selepas menimbangkan laporan itu Ketua Pengarah berpendapat bahawa tidak terdapat bahaya atau bahaya yang dibimbangkan kepada orang awam, syarikat keretapi itu hendaklah dengan serta-merta memberhentikan kerja di atas tanah itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 463 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next