My bookmarksSign up free
← Optical Act 1991

Optical Act 1991 s 36

Optical Act 1991 s 36

s 36 Optical appliances

(1) Subject to subsection (2), no person shall sell any optical appliance unless the sale is effected by or under the supervision of a medical practitioner or a registered person. (2) Subsection (1) shall not apply to the sale of an optical appliance— (a) to a medical practitioner or a registered person; (b) to a manufacturer of or dealer in optical appliance for the purpose of his business; (c) to any authority or person responsible for the management of— (i) a hospital; (ii) a clinic; (iii) a nursing home; or (iv) any other institution which provides medical or surgical treatment and which is approved by the Minister; (d) to a government department; or (e) for the purpose of its export. (3) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence. (4) On any prosecution for selling an optical appliance in contravention of subsection (1), it shall be a defence for the defendant to prove that he sold the appliance as an antique and that he did not know and had no reason to believe that the appliance was bought for the purpose of being used to correct, remedy or relieve a defect of sight.

Malay text (authoritative)

Alat optik

(1) Tertakluk pada subseksyen (2), tiada seorang pun boleh menjual apa-apa alat optik melainkan jika jualan itu dilaksanakan oleh atau di bawah penyeliaan seorang pengamal perubatan atau seorang orang berdaftar. (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penjualan sesuatu alat optik— (a) kepada pengamal perubatan atau orang berdaftar; (b) kepada pengilang atau peniaga alat optik bagi maksud perniagaannya; (c) kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan— (i) sesuatu hospital; (ii) sesuatu klinik; (iii) sesuatu rumah jagaan kejururawatan; atau (iv) mana-mana institusi lain yang memberikan rawatan perubatan atau pembedahan dan yang diluluskan oleh Menteri; atau (d) kepada sesuatu jabatan kerajaan; atau (e) bagi maksud pengeksportannya. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan. (4) Dalam apa-apa pendakwaan kerana menjual suatu alat optik yang melanggar subseksyen (1), adalah menjadi pembelaan jika pembela membuktikan bahawa dia menjual alat itu sebagai suatu barang antik dan bahawa dia tidak tahu dan tiada sebab untuk mempercayai bahawa alat itu telah dibeli bagi maksud digunakan untuk membetulkan, memulihkan atau melegakan kecacatan penglihatan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 469 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 7 August 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next