(1) A person who is not registered under this Act commits an offence if he—
(a) wilfully and falsely takes or uses the name or title of “optician” or “optometrist”;
(b) wilfully and falsely pretends to be a registered person;
(c) wilfully and falsely pretends to be qualified to practise optometry;
(d) wilfully and falsely takes or uses any name, title, addition or description implying that he is a registered person or that he is recognized by law as an optician or optometrist;
(e) wilfully and falsely takes or uses any name, title, addition or description, or uses any instrument, calculated to induce any person to believe that he is qualified to practise optometry;
(f) uses the term “optician” or “optometrist” or the equivalent of either of these terms in any other language on the signboard over his place of practice in purported practice of optometry; or
(g) holds himself out, by advertisement or otherwise, as being qualified or authorized to practise optometry.
(2) A person or a firm commits an offence if in the course of a business carried on by the person or firm—
(a) any person employed by the person or firm; or
(b) any member of the firm,
practises optometry without being registered under this Act.
(3) A person who commits an offence under this section shall be liable on conviction to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
Malay text (authoritative)
Kesalahan
(1) Seseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan jika dia─
(a) dengan sengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan nama atau gelaran “juruoptik” atau “optometris”;
(b) dengan sengaja dan dengan palsu berpura-pura menjadi seorang orang berdaftar;
(c) dengan sengaja dan dengan palsu berpura-pura berkelayakan untuk menjalankan amalan optometri;
(d) dengan sengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang membayangkan bahawa dia ialah seorang orang berdaftar atau bahawa dia diiktiraf di sisi undang-undang sebagai seorang juruoptik atau optometris;
(e) dengan sengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan, atau menggunakan apa-apa alat, yang direncanakan untuk mendorong mana-mana orang supaya mempercayai bahawa dia berkelayakan menjalankan amalan optometri;
(f) menggunakan istilah “juruoptik” atau “optometris” atau sesuatu perkataan yang sama erti dengan salah satu istilah itu dalam apa-apa bahasa lain pada papan tanda di tempat amalannya dengan berupa sebagai menjalankan amalan optometri; atau
(g) mengemukakan dirinya, melalui iklan atau selainnya, sebagai berkelayakan atau dibenarkan untuk menjalankan amalan optometri.
(2) Seseorang atau sesuatu firma melakukan suatu kesalahan jika dalam masa orang atau firma itu menjalankan sesuatu perniagaan—
(a) mana-mana orang yang diambil kerja oleh orang atau firma itu; atau
(b) mana-mana anggota firma itu,
menjalankan amalan optometri tanpa didaftarkan di bawah Akta ini.
(3) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Text as at 7 August 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).