(1) A requisition by any country for the return of a fugitive criminal who is in or suspected of being in Malaysia shall be made to the Minister by a diplomatic representative of that country.
(2) There shall be furnished with any requisition made for the purposes of subsection (1)—
(a) in the case of a fugitive criminal accused of an offence, a warrant for his apprehension issued in that country; or
(b) in the case of a fugitive criminal unlawfully at large after conviction of an offence, a certificate of the conviction and sentence in that country and a statement of the amount, if any, of that sentence which has been served,
together in each case with particulars of the fugitive criminal whose return is requested and of the facts upon which and the law under which he is accused or was convicted, and evidence sufficient to justify the issue of a warrant for his apprehension under section 13.
(3) On receipt of such requisition, the Minister may, by order under his hand and seal, signify to a Magistrate that such requisition has been made and authorize him to issue a warrant for the apprehension of the fugitive criminal.
(4) If the Minister is of the opinion that the offence to which the warrant relates is one of a political character, he may, if he thinks fit, refuse to make any such order, and may also at any time order a fugitive criminal convicted of such offence to be discharged from custody.
Malay text (authoritative)
Permintaan bagi pemulangan penjenayah buruan
(1) Sesuatu permintaan oleh mana-mana Negara bagi pemulangan seseorang penjenayah buruan yang berada di Malaysia atau disyaki berada di Malaysia hendaklah dibuat kepada Menteri melalui wakil diplomatik negara itu.
(2) Hendaklah diberikan dengan mana-mana permintaan yang dibuat bagi maksud subseksyen (1)—
(a) dalam hal penjenayah buruan yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu waran bagi penangkapannya yang dikeluarkan di negara itu; atau
(b) dalam hal penjenayah buruan yang bebas dengan menyalahi undang-undang selepas disabitkan atas sesuatu kesalahan, suatu perakuan sabitan itu dan hukuman di negara itu dan pernyataan tentang banyaknya jika ada, hukuman itu yang telah dijalani,
berserta dengan, dalam setiap hal, butir penjenayah buruan yang pemulangannya diminta dan fakta yang berdasarkannya dan undangundang yang di bawahnya dia dituduh atau disabitkan, dan keterangan yang cukup untuk mewajarkan pengeluaran waran bagi pemberkasannya di bawah seksyen 13.
(3) Apabila diterima permintaan sedemikian, Menteri boleh, melalui perintah di bawah tandatangan dan meterainya, memaklumkan Majistret bahawa permintaan sedemikian telah dibuat dan memberi kuasa Majistret itu mengeluarkan waran bagi pemberkasan penjenayah buruan itu.
(4) Jika Menteri berpendapat bahawa kesalahan yang berhubungan dengan waran itu ialah kesalahan yang bersifat politik, maka dia boleh, jika difikirkannya patut, enggan membuat apa-apa perintah sedemikian, dan boleh juga pada bila-bila masa memerintahkan supaya seseorang penjenayah buruan yang disabitkan atas kesalahan sedemikian dilepaskan daripada jagaan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).