(1) Where a fugitive criminal is in or suspected of being in or on the way to Malaysia, the Magistrate—
(a) shall, on receipt of an order made under subsection 12(3), issue a warrant for the apprehension of such fugitive criminal; or
(b) may, where no order has been made under subsection 12(3), issue a provisional warrant for the apprehension of such fugitive criminal on such information and evidence
and under such circumstances as would, in his opinion, justify the issue of a warrant if the offence had been committed or the fugitive criminal convicted in Malaysia.
(2) For the purposes of paragraph (1)(b), information contained in an international notice issued by the International Criminal Police Organisation (INTERPOL) in respect of a fugitive criminal may be considered by the Magistrate in deciding whether a provisional warrant should be issued for the apprehension of a fugitive criminal.
Malay text (authoritative)
Pengeluaran waran oleh Majistret
(1) Jika seseorang penjenayah buruan berada di Malaysia atau disyaki sedang berada di Malaysia atau dalam perjalanan ke Malaysia, maka Majistret―
(a) hendaklah, apabila diterima sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 12(3), mengeluarkan suatu waran bagi pemberkasan penjenayah buruan itu; atau
(b) boleh, jika tiada perintah telah dibuat di bawah subseksyen 12(3), mengeluarkan suatu waran sementara bagi pemberkasan penjenayah buruan itu berdasarkan maklumat dan keterangan dan di bawah hal keadaan yang akan, pada pendapatnya, mewajarkan pengeluaran waran jika kesalahan itu telah dilakukan atau penjenayah buruan itu telah disabitkan di Malaysia.
(2) Bagi maksud perenggan (1)(b), maklumat yang terkandung di dalam sesuatu notis antarabangsa yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) berkenaan dengan seseorang penjenayah buruan boleh dipertimbangkan oleh Majistret dalam memutuskan sama ada suatu waran sementara patut dikeluarkan bagi pemberkasan seseorang penjenayah buruan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).