(1) A requisition by any country for the return of a fugitive criminal who is serving a sentence or sentences of imprisonment in respect of an offence or offences against a law of Malaysia, for the purpose of a trial against him, shall be made to the Minister by a diplomatic representative of the country concerned.
(2) There shall be furnished with any requisition made under subsection (1) particulars of the fugitive criminal whose return is requested and of the facts upon which and the law under he is accused as well as adequate undertakings to the effect that—
(a) the fugitive criminal shall be immediately returned to Malaysia upon completion of his trial in the country concerned; and
(b) the country concerned shall—
(i) be responsible for the custody of the fugitive criminal while travelling to and from, and while in, the country concerned; and
(ii) take all appropriate and necessary measures to ensure his safe return to Malaysia.
(3) Notwithstanding subsection (2), the Minister may require the country concerned to give such other undertakings as he may specify.
(4) Notwithstanding anything in any written law, the Minister, upon being satisfied that the requirements of subsection (2) have been met, may, by order under his hand and seal, authorize that the fugitive criminal be removed from his place of imprisonment and brought before the Sessions Court for an inquiry under section 19.
Malay text (authoritative)
Tatacara bagi pemulangan
(1) Sesuatu permintaan daripada mana-mana negara bagi pemulangan seseorang penjenayah buruan yang sedang menjalani hukuman atau hukuman pemenjaraan berkenaan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan terhadap undang-undang Malaysia, bagi maksud menjalankan perbicaraan terhadapnya, hendaklah dibuat kepada Menteri melalui wakil diplomatik negara yang berkenaan.
(2) Maka hendaklah diberikan dengan apa-apa permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) butir-butir tentang penjenayah buruan yang pemulangannya diminta dan fakta yang berdasarkannya dan undang-undang yang di bawahnya dia dituduh serta juga aku janji yang mencukupi yang bermaksud bahawa―
(a) penjenayah buruan itu hendaklah dipulangkan ke Malaysia sebaik sahaja tamat perbicaraannya di negara yang berkenaan; dan
(b) negara yang berkenaan hendaklah―
(i) bertanggungjawab atas jagaan penjenayah buruan itu semasa dalam perjalanan ke dan dari, dan semasa di dalam, negara yang berkenaan; dan
(ii) mengambil segala langkah yang sesuai dan perlu untuk memastikan dia selamat pulang ke Malaysia.
(3) Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh menghendaki negara yang berkenaan memberikan apa-apa aku janji lain yang dinyatakannya.
(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, Menteri, apabila berpuas hati bahawa kehendak subseksyen
(2) telah dipenuhi, boleh, melalui perintah di bawah tandatangannya dan meterainya, membenarkan penjenayah buruan itu dikeluarkan dari tempat pemenjaraannya dan dibawa ke hadapan Mahkamah Sesyen bagi siasatan di bawah seksyen 19.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).