My bookmarksSign up free
← Tourism Industry Act 1992

Tourism Industry Act 1992 s 31B

Tourism Industry Act 1992 s 31B

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 31B Permohonan untuk pendaftaran sebagai premis penginapan pelancong

(1) Sesuatu permohonan untuk pendaftaran sebagai premis penginapan pelancong di bawah Bahagian ini hendaklah— (a) dibuat kepada Pesuruhjaya mengikut cara yang ditetapkan; (b) disertakan dengan fi yang ditetapkan. (2) Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa selepas menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), menghendaki, secara lisan atau bertulis, pemohon mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan. (3) Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat permohonan yang baharu.

Read this section in the full act →

Find Act 482 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next