s 31C Kuasa Pesuruhjaya untuk menentukan pendaftaran
(1) Pesuruhjaya hendaklah, dalam menentukan kesesuaian manamana premis penginapan untuk pendaftaran, mengambil kira— (a) jenis premis penginapan itu; (b) kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan atau ditawarkan kepada pelancong; (c) bilangan dan pengalaman kakitangan yang diambil bekerja atau akan diambil bekerja di premis penginapan itu; dan (d) apa-apa faktor lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya. (2) Pesuruhjaya boleh menghendaki premis penginapan seseorang pemohon itu diperiksa. (3) Jika Pesuruhjaya berpuas hati tentang kesesuaian premis penginapan itu, Pesuruhjaya hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mendaftarkan premis penginapan itu sebagai premis penginapan pelancong.