International Organizations (Privileges and Immunities) Act 1992 s 10
s 10 Authority to hold land in the Federation
(1) Notwithstanding the provisions of any written law to the contrary, it shall be lawful for land in any part of the Federation or any interest in such land to be granted, alienated, leased or transferred to or owned or held by an international organization for the purposes of the organization or the residences or offices of any of the persons specified in any of the regulations made under paragraphs 4(1)(b) and 4(1)(d).
(2) Where by virtue of subsection (1) it is lawful for land or an interest in land to be granted, alienated, leased or transferred to or owned or held by an international organization, such land or interest may be granted, alienated, leased or transferred to or owned or held by such organization in its name or its behalf to or by any person nominated for the purposes of this subsection either generally or in a particular case by writing addressed to the Minister by or on behalf of such organization, as the case may be, and such organization or person, as the case may be, shall be registered accordingly as proprietor, lessee or otherwise, as the case may require, in any register kept under the provisions of the National Land Code [Act 56 of 1965].
(3) For the purpose of any dealing in any land or interest in any land vested in the name of any international organization, any person authorized for the purposes of this subsection either generally or in any particular case by writing addressed to the Minister by or on behalf of such organization may, by virtue of such authorization, execute all or any instruments and do any act or thing for giving effect to any dealing with such land on behalf of such organization in the same manner and to the like extent as if such person had been authorized thereto by a valid power of attorney duly delivered under the provisions of the National Land Code.
Malay text (authoritative)
Kebenaran memegang tanah di Persekutuan
(1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan mana-mana undangundang yang berlawanan, adalah sah bagi tanah di mana-mana bahagian Persekutuan atau apa-apa kepentingan mengenai tanah itu
diberikan, diberimilikkan, dipajakkan atau dipindahmilikkan kepada atau dipunyai atau dipegang oleh sesuatu organisasi antarabangsa bagi maksud organisasi itu atau kediaman atau pejabat mana-mana orang yang dinyatakan dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 4(1)(b) dan 4(1)(d).
(2) Jika menurut kuasa subseksyen (1) adalah sah bagi tanah atau sesuatu kepentingan mengenai tanah diberikan, diberimilikkan, dipajakkan atau dipindahmilikkan kepada atau dipunyai atau dipegang oleh sesuatu organisasi antarabangsa, maka tanah atau kepentingan itu boleh diberikan, diberimilikkan, dipajakkan atau dipindahmilikkan kepada atau dipunyai atau dipegang oleh organisasi itu atas namanya atau bagi pihaknya kepada atau oleh mana-mana orang yang dinamakan bagi maksud subseksyen ini sama ada pada amnya atau dalam sesuatu hal tertentu melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri oleh atau bagi pihak organisasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan organisasi atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah didaftarkan sewajarnya sebagai tuan punya, penerima pajak atau selainnya, mengikut kehendak keadaan, dalam apa-apa daftar yang disimpan di bawah peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965].
(3) Bagi maksud apa-apa urusan mengenai apa-apa tanah atau kepentingan mengenai apa-apa tanah yang terletak hak atas nama sesuatu organisasi antarabangsa, mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud subseksyen ini sama ada pada amnya atau dalam sesuatu hal tertentu melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri oleh atau bagi pihak organisasi itu boleh, oleh sebab pemberikuasaan itu, menyempurnakan semua atau manamana surat cara dan melakukan apa-apa perbuatan atau perkara bagi memberikan kuat kuasa kepada apa-apa urusan mengenai tanah sedemikian bagi pihak organisasi itu mengikut cara yang sama dan setakat yang serupa seolah-olah orang itu telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu surat kuasa wakil yang sah yang dihantar serah dengan sewajarnya di bawah peruntukanperuntukan Kanun Tanah Negara.
Read this section in the full act →
Find Act 485 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).