My bookmarksSign up free
← International Organizations (Privileges and Immunities) Act 1992

International Organizations (Privileges and Immunities) Act 1992 s 9

International Organizations (Privileges and Immunities) Act 1992 s 9

s 9 Protection of names, etc., of international organizations

(1) Except with the consent in writing of the Minister, a person (including a body corporate) shall not— (a) use the name or an abbreviation of the name of an international organization in connection with a trade, business, profession, calling or occupation; or (b) use— (i) a seal, emblem or device that is identical with the official seal or emblem of an international organization; (ii) a seal, emblem or device so nearly resembling the official seal or emblem of an international organization as to be capable of being mistaken for that seal or emblem; or (iii) a seal, emblem or device that is capable of being taken to be the official seal or emblem of an international organization. (2) Where, without the consent in writing of the Minister, the name or an abbreviation of the name of an international organization or a seal, emblem or device referred to in paragraph (1)(b)— (a) is used as, or as part of, the name, seal or emblem of an association; (b) is used as, or as part of, the name or emblem of a newspaper or magazine owned by, or published by or on behalf of, an association; or (c) is used by an association in connection with any activity of the association so as to imply that the association is in any way connected with that organization, then— (aa) if the association is a body corporate, the body corporate; or (bb) if the association is not a body corporate, every member of the governing body of the association, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit. (3) No person shall be convicted of an offence against this section in respect of the use of an abbreviation of the name of an international organization if the use occurred in such circumstances or in relation to such matters as to be unlikely to be taken to imply any connection with the organization, unless the prosecution proves that the use was intended to imply such a connection. (4) The conviction of a person of an offence under this section in respect of the use of a name, an abbreviation of a name, a seal, emblem or device does not prevent a further conviction of that person in respect of the use of that name, abbreviation, seal, emblem or device at any time after the first-mentioned conviction. (5) For the purposes of this section— (a) any combination of words or letters, or of both words and letters, that is capable of being understood as referring to an international organization shall be deemed to be an abbreviation of the name of that organization; and (b) if a seal or emblem is declared by the regulations to be the official seal or emblem of an international organization, that seal or emblem shall be taken to be the official seal or emblem of that organization. (6) Proceedings under this section shall not be instituted without the consent in writing of the Attorney General.

Malay text (authoritative)

Perlindungan bagi nama, dll., organisasi antarabangsa

(1) Kecuali dengan keizinan secara bertulis daripada Menteri, seseorang (termasuk sesuatu pertubuhan perbadanan) tidak boleh— (a) menggunakan nama atau singkatan nama sesuatu organisasi antarabangsa berkaitan dengan sesuatu perdagangan, perniagaan, profesion, mata pencarian atau pekerjaan; atau (b) menggunakan— (i) meterai, lambang atau reka bentuk yang sama dengan meterai atau lambang sesuatu organisasi antarabangsa; (ii) meterai, lambang atau reka bentuk yang menyamai meterai atau lambang rasmi sesuatu organisasi antarabangsa sedemikian hampirnya sehingga ia mungkin dikelirukan dengan meterai atau lambang itu; atau (iii) meterai, lambang atau reka bentuk yang mungkin dianggap meterai atau lambang rasmi sesuatu organisasi antarabangsa. (2) Jika, tanpa keizinan secara bertulis daripada Menteri, nama atau singkatan nama sesuatu organisasi antarabangsa atau meterai, lambang atau reka bentuk yang disebut dalam perenggan (1)(b)— (a) digunakan sebagai, atau sebagai sebahagian daripada, nama, meterai atau lambang sesuatu persatuan; (b) digunakan sebagai, atau sebagai sebahagian daripada, nama atau lambang sesuatu akhbar atau majalah yang dipunyai oleh, atau diterbitkan oleh atau bagi pihak, sesuatu persatuan; atau (c) digunakan oleh sesuatu persatuan berkaitan dengan apaapa aktiviti persatuan itu supaya dapat membayangkan bahawa persatuan itu ada kaitan, dengan apa-apa cara jua, dengan organisasi itu, maka— (aa) jika persatuan itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu; atau (bb) jika persatuan itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap anggota badan pengelola persatuan itu, melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit. (3) Tiada seorang pun boleh disabitkan atas suatu kesalahan terhadap seksyen ini berkenaan dengan penggunaan singkatan nama sesuatu organisasi antarabangsa jika penggunaan itu berlaku dalam keadaan atau berhubungan dengan perkara yang tidak mungkin dianggap membayangkan apa-apa kaitan dengan organisasi itu, melainkan jika pihak pendakwa membuktikan bahawa penggunaan itu dimaksudkan untuk membayangkan kaitan sedemikian. (4) Pensabitan seseorang atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan penggunaan sesuatu nama, singkatan nama, meterai, lambang atau reka bentuk tidak menghalang pensabitan orang itu kemudiannya berkenaan dengan penggunaan nama, singkatan, meterai, lambang atau reka bentuk itu pada bila-bila masa selepas pensabitan yang mula-mula disebut itu. (5) Bagi maksud seksyen ini— (a) apa-apa gabungan perkataan atau huruf, atau perkataan dan huruf kedua-duanya, yang dapat difahami sebagai merujuk kepada suatu organisasi antarabangsa hendaklah disifatkan sebagai singkatan nama organisasi itu; dan (b) jika sesuatu meterai atau lambang telah diisytiharkan melalui peraturan-peraturan menjadi meterai atau lambang rasmi suatu organisasi antarabangsa, meterai atau lambang itu hendaklah dianggap sebagai meterai atau lambang rasmi organisasi itu. (6) Prosiding di bawah seksyen ini tidak boleh dimulakan tanpa keizinan secara bertulis daripada Peguam Negara.

Read this section in the full act →

Find Act 485 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next