My bookmarksSign up free
← Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 s 10A

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 s 10A

s 10A No person having interest to be appointed as member or employed as officer or servant of the Lembaga

(1) Subject to subsection (2), no person shall be appointed as a member or be employed as an officer or a servant of the Lembaga if he has any interest, directly or indirectly, in— (a) an enterprise in which the Lembaga has entered or proposes to enter into equity participation pursuant to paragraph 4(2)(k); (b) a corporation or company established, promoted, expanded or registered pursuant to subsections 4(3) and 4(4); or (c) a company or an undertaking with which the Lembaga or an enterprise, a corporation or company mentioned in paragraph (a) or (b) proposes to make a contract or has made a subsisting contract. (2) Notwithstanding subsection (1) and subject to subsection (3), such person may be appointed as a member of the Lembaga under paragraph 3(3)(h) but in so appointing him the Minister may impose any conditions or restrictions the Minister may deem fit. (3) Prior to his being appointed as a member or being employed as an officer or a servant of the Lembaga, every person shall disclose fully— (a) to the Minister in the case of a person to be appointed as a member; and (b) to the Lembaga in the case of a person to be employed as an officer or a servant, any such interest as is mentioned in subsection (1), and on his being so appointed or employed, such person shall not further acquire any such interest. (4) Subject to subsection 10b(1), a member who is appointed or an officer or a servant who is employed contrary to subsection (1), or who on being appointed or employed further acquires any such interest, shall have his appointment revoked forthwith by the Minister or his employment terminated by the Lembaga without notice, as the case may be. (5) Any person, member, officer or servant who contravenes this section, section 10b or a condition or restriction imposed under this section or section 10b commits an offence and shall be liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding twenty-five thousand ringgit or to both. (6) For the purposes of this section and section 10 b , the having or acquiring of any such interest as is mentioned in subsection (1) by his spouse or any of his children shall be deemed to give the person, member, officer or servant concerned an indirect interest.

Malay text (authoritative)

Tiada seorang pun yang mempunyai kepentingan boleh dilantik sebagai ahli atau diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang pun boleh dilantik sebagai seorang ahli atau diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia mempunyai apa-apa kepentingan, secara langsung atau secara tidak langsung dalam— (a) sesuatu perusahaan yang dalamnya Lembaga telah mengambil atau bercadang hendak mengambil bahagian dalam ekuiti menurut perenggan 4(2)(k); (b) sesuatu perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan, digalakkan, diperluas atau didaftarkan menurut subseksyen 4(3) dan 4(4); atau (c) sesuatu syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga atau sesuatu perusahaan, perbadanan atau syarikat yang disebut dalam perenggan (a) atau (b) bercadang hendak membuat suatu kontrak atau telah membuat suatu kontrak yang masih berkuat kuasa. (2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen (3), orang itu boleh dilantik sebagai seorang ahli Lembaga di bawah perenggan 3(3)(h) tetapi pada melantiknya sedemikian, Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Menteri. (3) Sebelum seseorang dilantik sebagai seorang ahli atau diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat Lembaga, dia hendaklah menzahirkan dengan sepenuhnya— (a) kepada Menteri, jika dia akan dilantik sebagai ahli; dan (b) kepada Lembaga, jika dia akan diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat, apa-apa kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1), dan apabila dia dilantik atau diambil kerja sedemikian, orang itu tidak boleh memperoleh mana-mana kepentingan itu lagi. (4) Tertakluk kepada subseksyen 10b(1), seseorang ahli yang dilantik atau seseorang pegawai atau pekhidmat yang diambil kerja berlawanan dengan subseksyen (1), atau yang apabila dilantik atau diambil kerja memperoleh mana-mana kepentingan itu lagi, hendaklah dibatalkan pelantikannya dengan serta-merta oleh Menteri atau pekerjaannya hendaklah ditamatkan oleh Lembaga tanpa notis, mengikut mana-mana yang berkenaan. (5) Seseorang, ahli, pegawai atau pekhidmat yang melanggar seksyen ini, seksyen 10b atau sesuatu syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 10 b adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya. (6) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 10b, pemunyaan atau pemerolehan sesuatu kepentingan itu sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) oleh suami atau isteri atau mana-mana daripada anaknya hendaklah disifatkan sebagai memberi orang, ahli, pegawai atau pekhidmat yang berkenaan itu suatu kepentingan tidak langsung.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 49 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next