My bookmarksSign up free
← Gas Supply Act 1993

Gas Supply Act 1993 s 12

Gas Supply Act 1993 s 12

s 12 Security, suspension or revocation of the licence

(1) Before the issue of any licence the Commission may require a security, either in the form of cash or bank guarantee as the Commission may specify, to be furnished for the due observance of the terms and conditions of the licence. The amount of the said security shall be based on the licensee’s construction costs or operational costs or both, as the case may be, as determined by the Commission and such amount may be reviewed from time to time. (2) A licence may at any time be suspended or revoked by the Commission upon breach of any of the conditions thereof or in default of payment of any moneys accrued due thereunder, or if the licensee ceases to construct or operate the pipeline or installation which he was authorized to do under the licence granted to him: Provided that where a licence has been suspended or revoked under this subsection the licensee may, if he considers that he has suffered or may suffer undue hardship by reason of the suspension or revocation, appeal to the Minister against the suspension or revocation, as the case may be, and the decision of the Minister on the appeal shall be final. (3) The licensee shall not be entitled to compensation for any loss of revenue caused to him by the suspension or revocation of a licence under this section. (4) Upon the suspension of a licence, the Commission may— (a) require the licensee to rectify any breach of any condition of the licence or to pay any moneys accrued due thereunder within a certain specified period; and/or (b) in the interest of the public, authorize another person to continue operating the pipeline or installation if the pipeline or installation or part thereof has been in operation for the period of suspension. (5) If the Commission is satisfied that the licensee has complied with the requirement under paragraph (4)(a) the suspension may be lifted and the licensee may be allowed to continue the construction or operation of the pipeline or installation, as the case may be. If the Commission is not satisfied, the Commission may revoke the licence. (6) Upon revocation of a licence, the Commission may— (a) require the licensee, within a reasonable period of time, to remove his pipeline or installation or part thereof at the licensee’s costs; (b) acquire the pipeline and installation or part thereof on payment of adequate compensation to the licensee, and appoint another licensee to complete the construction of the pipeline or installation or to supply gas through the acquired pipeline or installation, as the case may be; or (c) authorize another licensee, on payment of adequate compensation, to acquire the pipeline or installation or part thereof and complete its construction or supply gas through the acquired pipeline or installation, as the case may be. (7) If a licence is revoked under this section the security shall be forfeited as the Commission deems fit. (8) In subsection (1)— “operational costs” means all costs calculated by the Commission to be the costs of operating the supply of gas through any pipeline or installation including wages, costs of fuel, spare parts, labour charges and lubricants but not including capital costs or loans.

Malay text (authoritative)

Cagaran, penggantungan atau pembatalan lesen

(1) Sebelum mengeluarkan apa-apa lesen, Suruhanjaya boleh menghendaki suatu cagaran, sama ada dalam bentuk tunai atau gerenti bank sebagaimana yang dinyatakan olehnya, yang hendaklah diberikan bagi pematuhan wajar terma dan syarat lesen. Amaun cagaran yang tersebut hendaklah berdasarkan kos pembinaan, kos operasi atau kedua-duanya, mengikut, mana-mana yang berkenaan, pemegang lesen, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dan amaun itu boleh dikaji semula dari semasa ke semasa. (2) Sesuatu lesen boleh pada bila-bila masa digantung atau dibatalkan oleh Suruhanjaya apabila berlaku pelanggaran manamana syarat lesen itu atau keingkaran membayar apa-apa wang yang terakru dan kena dibayar di bawahnya, atau jika pemegang lesen terhenti mengerjakan atau mengendalikan talian paip atau pepasangan yang dia diberi kuasa untuk melakukannya di bawah lesen yang diberikan kepadanya: Dengan syarat bahawa, jika sesuatu lesen telah digantung atau dibatalkan di bawah subseksyen ini pemegang lesen boleh, jika dia berpendapat bahawa dia telah menanggung atau mungkin akan menanggung kesusahan tidak wajar disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan itu, merayu kepada Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan keputusan Menteri mengenai rayuan itu adalah muktamad. (3) Pemegang lesen tidaklah berhak mendapat pampasan bagi apa-apa kerugian hasil kepadanya yang disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen ini. (4) Apabila sesuatu lesen digantung, Suruhanjaya boleh— (a) menghendaki pemegang lesen membetulkan apa-apa pelanggaran mana-mana syarat lesen itu atau membayar apa-apa wang yang terakru yang kena dibayar di bawahnya dalam sesuatu tempoh tertentu yang dinyatakan; dan/ atau (b) demi kepentingan awam, memberi kuasa seorang lain meneruskan pengendalian talian paip atau pemasangan itu jika talian paip atau pepasangan itu atau mana-mana bahagiannya sudah beroperasi dalam tempoh penggantungan itu. (5) Sekiranya Suruhanjaya berpuas hati bahawa pemegang lesen telah mematuhi kehendak di bawah perenggan (4)(a) penggantungan boleh ditarik balik dan pemegang lesen boleh dibenarkan meneruskan pembinaan atau pengendalian talian paip atau pepasangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. Jika Suruhanjaya tidak berpuas hati, Suruhanjaya boleh membatalkan lesen itu. (6) Apabila sesuatu lesen dibatalkan, Suruhanjaya boleh— (a) menghendaki pemegang lesen, dalam suatu tempoh masa yang munasabah, mengalihkan talian paip atau pepasangan itu dengan pemegang lesen itu menanggung kosnya; (b) mengambil alih talian paip dan pepasangan itu atau sebahagian daripadanya dengan bayaran pampasan yang mencukupi kepada pemegang lesen itu dan melantik seorang pemegang lesen lain untuk menyiapkan pembinaan talian paip atau pepasangan itu atau membekalkan gas melalui talian paip atau pepasangan yang diambil alih itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (c) memberi kuasa seorang pemegang lesen lain, dengan bayaran pampasan yang mencukupi, mengambil alih talian paip dan pepasangan itu atau sebahagian daripadanya dan menyiapkan pembinaannya atau membekalkan gas melalui talian paip atau pepasangan yang diambil alih itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (7) Jika sesuatu lesen dibatalkan di bawah seksyen ini cagaran hendaklah terlucut hak sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. (8) Dalam subseksyen (1)— “kos pengendalian” ertinya semua kos yang dihitung oleh Suruhanjaya sebagai kos mengendalikan pembekalan gas melalui mana-mana talian paip atau pepasangan, termasuk upah, kos bahan api, alat ganti, bayaran pekerja dan pelincir tetapi tidak termasuk kos modal atau pinjaman.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 501 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next