My bookmarksSign up free
← Gas Supply Act 1993

Gas Supply Act 1993 s 15

Gas Supply Act 1993 s 15

s 15 Exceptions to duty to supply gas

(1) Nothing in subsection 14(1) shall require a licensee to supply gas to any premises if— (a) it is contrary to any law; (b) under the agreement or special agreement, as the case may be, he is so exempted; (c) he is prevented from doing so by the malfunction or failure of any pipeline or installation beyond his control, or as a result of fire, flood, landslide, explosion, accident, industrial disturbance on a national level, emergency, riot, civil disturbance or war, or any other similar event not within the control of the licensee; (d) a supply of gas is already being given; or (e) the Commission is of the opinion that it is not reasonable in all the circumstances for him to be required to do so. (2) Nothing in the agreement referred to in paragraph (1)(b)shall provide for any exception from the duty to supply gas other than a situation where he is prevented from so supplying by reason of fire, flood, landslide, explosion, accident, industrial disturbance on a national level, emergency, riot, civil disturbance or war, or any other similar event not within the control of the licensee which directly affects or which will affect his ability to supply gas.

Malay text (authoritative)

Kekecualian kepada kewajipan supaya membekalkan gas

(1) Tiada apa-apa juga dalam subseksyen 14(1) boleh menghendaki seseorang pemegang lesen membekalkan gas ke mana-mana premis jika— (a) pembekalan itu bercanggah dengan mana-mana undangundang; (b) di bawah perjanjian itu atau perjanjian khas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dia dikecualikan sedemikian; (c) dia terhalang daripada berbuat demikian oleh kerosakan dan kegagalan mana-mana talian paip atau pepasangan yang di luar kawalannya, atau disebabkan oleh kebakaran, banjir, tanah runtuh, letupan, kemalangan, kekacauan industri di peringkat kebangsaan, darurat, rusuhan, kekacauan sivil atau peperangan, atau apa-apa peristiwa lain yang di luar kawalan pemegang lesen; (d) bekalan gas memang sedang dibekalkan; atau (e) Suruhanjaya berpendapat bahawa tidaklah munasabah, memandangkan semua hal keadaan, dia dikehendaki berbuat demikian. (2) Tiada apa-apa jua dalam perjanjian yang disebut dalam perenggan (1)(b) boleh membuat peruntukan bagi apa-apa kecualian daripada kewajipan supaya membekalkan gas selain keadaan apabila dia dihalang daripada memberikan bekalan sedemikian oleh sebab kebakaran, banjir, tanah runtuh, letupan, kemalangan, kekacauan industri di peringkat kebangsaan, darurat, rusuhan, kekacauan sivil atau peperangan atau apa-apa peristiwa serupa itu yang lain yang di luar kawalan pemegang lesen dan yang secara langsung menyentuh atau akan menyentuh keupayaannya untuk membekalkan gas.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 501 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next