(1) Any licensee may cease the supply of as or reduce, as he may think fit, the quantity of gas supplied to any consumer under the circumstances stated in section 15.
(2) Without prejudice to any agreement, where the quantity of gas has been reduced as aforesaid—
(a) no liability shall be incurred by the licensee in respect of any loss or damage caused by the reduction; and
(b) in appropriate cases, an abatement in the charges for the supply of gas shall be made in proportion to the reduction made.
(3) Any licensee shall not be liable for any damage to any person or property for any cessation or reduction of the supply of gas—
(a) which is directly caused by any negligent act on the part of the consumer including any unauthorized connection of any pipeline or installation; or
(b) which is shown to have resulted from any of the events described in section 15.
(4) The licensee shall be liable for any damage to any person or property for any cessation or reduction of the supply of gas which is shown to have resulted from negligence on the part of persons employed by the licensee, his agents or servants, as the case may be, or from his faulty construction of the pipeline or installation.
(5) Without prejudice to subsection (4) the licensee shall rectify any damage to ensure continuation of the supply of gas within a reasonable period of time and to repair any damage from the outlet of the meter to the internal piping within the consumer’s premises if it is shown to have resulted from the negligent act of the licensee, his agents or servants, as the case may be.
Malay text (authoritative)
Pengurangan atau penghentian bekalan: liabiliti
(1) Mana-mana pemegang lesen boleh menghentikan bekalan gas atau mengurangkan, sebagaimana yang difikirkannya patut, kuantiti bekalan gas yang dibekalkan kepada mana-mana pengguna di dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 15.
(2) Tanpa menjejaskan mana-mana perjanjian, jika kuantiti gas telah dikurangkan seperti yang disebut terdahulu—
(a) tiada liabiliti boleh ditanggung oleh pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pengurangan itu; dan
(b) dalam hal yang sesuai, suatu potongan pada caj bagi pembekalan gas hendaklah dibuat berkadaran dengan pengurangan yang dibuat.
(3) Mana-mana pemegang lesen tidak bertanggungan bagi apaapa kerugian kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta atau bagi apa-apa penghentian atau pengurangan bekalan gas—
(a) yang disebabkan secara langsung oleh apa-apa perbuatan cuai pada pihak pengguna termasuk apa-apa sambungan tanpa kebenaran apa-apa talian paip atau pepasangan; atau
(b) yang ditunjukkan telah diakibatkan oleh mana-mana peristiwa yang diperihalkan dalam seksyen 15.
(4) Pemegang lesen hendaklah bertanggungan bagi apa-apa kerugian kepada mana-mana orang atau apa-apa kerosakan kepada mana-mana harta atau kerana apa-apa penghentian atau pengurangan bekalan gas yang ditunjukkan telah diakibatkan oleh kecuaian pada pihak orang yang diambil kerja oleh pemegang lesen, ejennya atau pekhidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau diakibatkan oleh pembinaan tidak sempurna talian paip atau pepasangan itu oleh pemegang lesen itu.
(5) Tanpa menjejaskan subseksyen (4), pemegang lesen hendaklah membetulkan apa-apa kerosakan untuk memastikan keberterusan bekalan gas dalam tempoh masa yang munasabah dan membaiki apa-apa kerosakan dari alur keluar meter ke perpaipan dalaman di dalam premis pengguna jika ditunjukkan bahawa kerosakan itu telah diakibatkan oleh perbuatan cuai pemegang lesen, ejennya atau pekhidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).