My bookmarksSign up free
← Gas Supply Act 1993

Gas Supply Act 1993 s 27

Gas Supply Act 1993 s 27

s 27 Wayleave agreements

(1) Nothing in section 24 or 26 shall affect the right of a licensee to enter nto an agreement, commonly known as a wayleave agreement, with the owner or occupier of any land for the purpose of constructing a pipeline or installation. (2) Notwithstanding any written law relating to land, the Registrar, upon the production to him of the original and the deposit with him of a certified copy of any such wayleave agreement as is referred to in subsection (1), shall cause to be made on the register document of title relating to the land affected by the wayleave agreement a note of the existence of the wayleave agreement. (3) Where a wayleave agreement relates to land which is a holding included in the Interim Register— (a) subsection (2) shall apply as if “Commissioner” and “appropriate folio of the Interim Register” were substituted for “Registrar” and “register document of title” respectively; and (b) when final documents of title are issued for the land under section 39 of the National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963 [Act 518], any note made pursuant to subsection (2) as varied by paragraph (a) shall (if it is still effective immediately before the issue of those documents) be entered by the Commissioner on the register document of title and shall continue to have effect as if it had been entered under that subsection. (4) So long as there remains on the register document of title or the appropriate folio of the Interim Register a note made pursuant to subsection (2) or (3), all dealings with the land to which the note relates shall be deemed to be subject to the rights of the licensee under and by virtue of the wayleave agreement in respect of which the note has been made. (5) In this section— “Commissioner” and “Interim Register” have the meanings assigned thereto respectively by the National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963.

Malay text (authoritative)

Perjanjian izin lalu

(1) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 24 atau 26 boleh menyentuh hak seseorang pemegang lesen untuk membuat suatu perjanjian, yang umumnya dikenali sebagai perjanjian izin lalu, dengan pemunya atau penghuni mana-mana tanah bagi maksud membina talian paip atau pepasangan. (2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, Pendaftar, apabila dikemukakan kepadanya salinan asal dan didepositkan dengannya salinan terperaku bagi mana-mana perjanjian izin lalu yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan perjanjian izin lalu itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang disentuh oleh perjanjian izin lalu itu. (3) Jika sesuatu perjanjian izin lalu adalah berhubungan dengan tanah yang merupakan suatu tanah pegangan yang termasuk dalam Daftar Interim— (a) subseksyen (2) hendaklah terpakai seolah-olah “Pendaftar” dan “dokumen hakmilik daftaran” masing-masingnya telah digantikan dengan “Pesuruhjaya” dan “folio yang berkenaan dalam Daftar Interim”; dan (b) apabila dokumen hakmilik tetap dikeluarkan bagi tanah itu di bawah seksyen 39 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 [Akta 518], apa-apa nota yang dibuat menurut subseksyen (2) sebagaimana yang diubah oleh perenggan (a) hendaklah (jika nota itu masih berkuat kuasa sebelum sahaja pengeluaran dokumen itu) dicatatkan oleh Pesuruhjaya pada dokumen hakmilik daftaran dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah nota itu telah dicatatkan di bawah subseksyen itu. (4) Selagi masih ada pada dokumen hakmilik daftaran atau folio yang berkenaan dalam Daftaran Interim suatu nota yang dibuat menurut subseksyen (2) atau (3), segala urus niaga berkenaan dengan tanah yang dimaksudkan oleh nota itu hendaklah disifatkan tertakluk kepada hak pemegang lesen di bawah dan menurut kuasa perjanjian izin lalu yang berkenaan dengannya nota itu telah dibuat. (5) Dalam subseksyen ini— “Pesuruhjaya” dan “Daftar Interim” masing-masingnya mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 501 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next