My bookmarksSign up free
← Gas Supply Act 1993

Gas Supply Act 1993 s 39

Gas Supply Act 1993 s 39

s 39 Power to make regulations

The Minister may make regulations in respect of any matter which may be prescribed under this Act and in particular— (a) the procedures for the Commission in the exercise of its functions, duties and powers under this Act; (b) the limits of variation of the composition, pressure and purity of the gas supplied; (c) the management of any pipeline or installation under section 11; (d) the method by which gas may be stored for purposes of distribution through pipelines; (e) the fees to be paid for licences which are required to be prescribed under this Act; (f) the measures to be taken and the equipment to be supplied and used in connection with pipelines and installations in order to secure public and private safety; (g) the manner of service and the form of notices; (h) the standard and methods for the construction of and the materials to be used for pipelines, installations, equipment or appliances; (i) the nature of training, examinations and tests for the award of the certificates under section 35, the form of such certificates, the manner and issue thereof, the fees to be paid for such examination and certificates and the manner and circumstances in which the certificates may be modified, suspended or cancelled; (j) the means to be adopted, whether by prohibition or otherwise, to prevent or abate any nuisance likely to arise or arising from the working of any pipeline, installation, equipment or appliances; (k) the regulation of the licensee and consumer relationship such as provisions on the recovery of charges for gas supply, the annual interest payable by a licensee to any person for any security given and any rates or conditions connected thereto, connection, disconnection or restoration of supply by the licensee, entry into any premises by the licensee or his authorized officers for purposes related to the supply, connection, disconnection or restoration of supply, entry for purposes of replacing, repairing or altering any pipeline, installation, equipment or appliance and the form of any notice required; (l) the method and procedure for compounding offences specified in section 34; (m) the method and procedure for the investigation of any serious accident reported pursuant to section 36; (n) the interval, time and manner for any pipeline or installation to be inspected, the notice (if any) to be given in relation to any inspection and the preparation to be made by the licensee or any owner or occupier of any premises for such inspection; (o) the fees payable in respect of the inspection, testing and maintenance of consumers’ installations, the fitting and testing of meters and in respect of any other service properly rendered on account of consumers; and (p) any other matter generally to give effect to the provisions of this Act.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan mana-mana perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini dan khususnya— (a) tatacara bagi Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi, kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini; (b) had perubahan komposisi, tekanan dan ketulenan gas yang dibekalkan; (c) pengurusan mana-mana talian paip atau pepasangan di bawah seksyen 11; (d) cara bagaimana gas boleh disimpan bagi maksud pengagihan melalui talian paip; (e) fi yang kena dibayar bagi lesen yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini; (f) langkah yang dikehendaki diambil dan kelengkapan yang dikehendaki dibekalkan dan digunakan berkaitan dengan talian paip dan pepasangan untuk menjamin keselamatan awam dan persendirian; (g) cara penyampaian dan bentuk notis; (h) standard dan cara-cara bagi pembinaan dan bahan yang dikehendaki digunakan bagi talian paip, pepasangan, kelengkapan, atau perkakas; (i) jenis latihan, peperiksaan dan ujian bagi pengawardan perakuan di bawah seksyen 35, bentuk perakuan itu, cara pengeluarannya dan pengeluarannya, fi yang kena dibayar bagi peperiksaan dan perakuan itu dan cara dan hal keadaan dalam mana perakuan itu boleh diubahsuaikan, digantung atau dibatalkan; (j) cara-cara yang hendaklah diterima pakai, sama ada melalui larangan atau selainnya, untuk mencegah atau memberhentikan apa-apa kacau ganggu yang mungkin berbangkit atau yang berbangkit daripada pengerjaan mana-mana talian paip, pepasangan, kelengkapan atau perkakas; (k) pengawalseliaan hubungan di antara pemegang lesen dengan pengguna, seperti peruntukan mengenai pendapatan caj pembekalan, bunga tahunan yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada mana-mana orang bagi apa-apa cagaran yang diberikan dan apa-apa kadar atau syarat yang berkaitan dengannya, penyambungan, pemberhentian atau pemulihan bekalan gas oleh pemegang lesen, kemasukan ke dalam mana-mana premis oleh pemegang lesen atau pegawai diberi kuasanya bagi maksud yang berhubungan dengan pembekalan, penyambungan, pemberhentian atau pemulihan bekalan, kemasukan bagi maksud menggantikan, membaiki atau mengubah manamana talian paip, pepasangan, kelengkapan atau perkakas dan bentuk mana-mana notis yang dikehendaki; (l) cara dan tatacara bagi mengkompaunkan kesalahan yang dinyatakan dalam seksyen 34; (m) cara dan tatacara bagi penyiasatan apa-apa kemalangan serius yang dilaporkan menurut seksyen 36; (n) lat tempoh, masa dan cara bagi pemeriksaan mana-mana paip atau pepasangan, notis (jika ada) yang dikehendaki diberikan berhubungan dengan mana-mana pemeriksaan dan persiapan yang dikehendaki supaya dibuat oleh pemegang lesen atau mana-mana pemunya atau penghuni mana-mana premis bagi pemeriksaan sedemikian; (o) fi yang kena dibayar berkenaan dengan pemeriksaan, pengujian dan penyenggaraan pemasangan pengguna, pemasangan dan pengujian meter dan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan dengan sepatutnya untuk pengguna; dan (p) apa-apa perkara lain pada amnya untuk memberikan kuat kuasa kepada peruntukan Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 501 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next