(1) Ketua Pengarah boleh, berkenaan dengan manamana pusat jagaan berdaftar, memberi apa-apa arahan bertulis, konsisten dengan Akta ini, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24, dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7, sebagaimana yang di fikirkannya perlu untuk memastikan bahawa—
(a) ia dikendalikan dan diuruskan dengan memuaskan;
(b) kebajikan penghuni-penghuninya atau orangorang yang diterima untuk jagaan dimajukan dengan cara yang sepatutnya;
(c) radas dan kelengkapan secukupnya yang perlu untuk memberi perlindungan daripada kebakaran ada dibekalkan di dalamnya; dan
(d) peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 dipatuhi.
(2) Sesuatu arahan di bawah subseksyen (1)—
(a) hendaklah disampaikan kepada pengendali pusat jagaan itu; dan
(b) hendaklah menyatakan suatu tempoh masa, yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian arahan itu, dalam mana arahan itu hendaklah dipatuhi.
(3) Jika rayuan dibuat kepada Menteri di bawah seksyen 22 terhadap sesuatu arahan di bawah subseksyen (1) dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian arahan itu, maka kuatkuasa arahan itu adalah tertangguh dan jika Menteri mengesahkan arahan itu, arahan itu hendaklah dipatuhi dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri. Kuasa meme- 15. (1) Jika— rintahkan penutupan
(a) ternyata kepada Ketua Pengarah bahawa ada pusat jagaan berdaftar. apa-apa bahaya atau kemungkinan bahaya kepada mana-mana orang dalam mana-mana premis sesuatu pusat jagaan berdaftar; atau
(b) berkenaan dengan mana-mana premis sesuatu pusat jagaan berdaftar, sesuatu arahan di bawah seksyen 14 tidak dipatuhi dalam tempoh masa yang dinyatakan di bawah atau menurut subseksyen (2) (b) atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, subseksyen (3) seksyen itu, Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, memerintahkan supaya premis ıtu hendaklah terhenti daripada digunakan sebagai atau bagi sesuatu pusat jagaan bagi apa-apa tempoh sebagaimana difikirkannya perlu, atau sehingga notis selanjutnya.
(2) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan kepada pengendali pusat jagaan berdaftar itu dan hendaklah mula berkuatkuasa dari suatu tarikh yang berikutan selepas sahaja hari terakhir bagi tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian perintah itu atau, jika pengendali itu merayu kepada Menteri di bawah seksyen 22 terhadap perintah itu dalam tempoh itu dan Menteri mengesahkan perintah itu, dari tarikh keputusan Menteri diberitahu kepada pengendali itu.
(3) Penyampaian sesuatu perintah di bawah seksyen ini adalah cukup jika—
(a) ia dihantarserah sendiri kepada pengendali pusat jagaan berdaftar yang berkenaan itu; atau
(b) ia dihantar melalui pos berdaftar kepada alamat terakhirnya yang diketahui; atau
(c) satu salinannya ditampalkan di sesuatu tempat yang mudah dilihat pada atau dalam premis yang dimaksudkan olehnya.