My bookmarksSign up free
← Occupational Safety and Health Act 1994

Occupational Safety and Health Act 1994 s 22

Occupational Safety and Health Act 1994 s 22

s 22 Explanations to sections 20 and 21

(1) Nothing in section 20 or 21 shall be taken to require a person to repeat any testing, examination or research which has been carried out otherwise than by him or at his instance, in so far as it is reasonable for him to rely on the results thereof for the purposes of the section. (2) Any duty imposed on a person by any of the preceding provisions of this Part shall extend only to things done in the course of a trade, business or other undertaking carried on by him, whether for profit or not, and to matters within his control. (3) Where a person designs, formulates, manufactures, imports or supplies any plant or substance for or to another on the basis of a written undertaking by that other to take specified steps sufficient to ensure, so far as is practicable, that the plant or substance will be safe and without risks to health when properly used, the undertaking shall have the effect of relieving the firstmentioned person from the duty imposed by paragraphs 20(1)(a) and 21(1)(a) to such extent as is reasonable having regard to the terms of the undertaking. (4) Where a person (hereinafter referred to as the “ostensible supplier”) supplies any plant or substance for use at work to another (hereinafter referred to as the “customer”) under a hire-purchase agreement, conditional sale agreement or credit-sale agreement, and the ostensible supplier— (a) carries on the business of financing the acquisition of goods by others by means of such agreements; and (b) in the course of that business acquired his interest in the plant or substance supplied to the customer as a means of financing its acquisition by the customer from a third person (hereinafter referred to as the “effective supplier”), the effective supplier and not the ostensible supplier shall be treated for the purposes of this Part as supplying the plant or substance to the customer, and any duty imposed by sections 20 and 21 on suppliers shall accordingly fall on the effective supplier and not on the ostensible supplier. (5) For the purposes of this Part a plant or substance is not to be regarded as properly used where it is used without regard to any relevant information or advice relating to its use which has been made available by a person by whom it was designed, manufactured, imported or supplied.

Malay text (authoritative)

Huraian seksyen 20 dan 21

(1) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 20 atau 21 boleh diertikan sebagai menghendaki seseorang mengulangi apa-apa ujian, pemeriksaan atau penyelidikan yang telah dijalankan selain daripada olehnya atau atas kehendaknya, setakat, yang munasabah baginya untuk bergantung pada keputusan ujian, pemeriksaan atau penyelidikan itu bagi maksud seksyen itu. (2) Apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atas seseorang oleh mana-mana peruntukan Bahagian ini yang terdahulu daripada ini hendaklah hanya meliputi perkara-perkara yang dilakukan dalam perjalanan perdagangan, perniagaan atau apa-apa pengusahaan lain yang dijalankan olehnya, sama ada untuk mendapat keuntungan atau tidak, dan kepada perkara-perkara dalam kawalannya. (3) Jika seseorang mereka bentuk, merumuskan, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa loji atau bahan bagi atau kepada orang lain berdasarkan aku janji bertulis oleh orang lain itu untuk mengambil langkah-langkah tertentu yang memadai untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa loji atau bahan itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya, aku janji itu hendaklah mempunyai kesan membebaskan orang yang mula-mula disebut itu daripada kewajipan yang dikenakan oleh perenggan 20(1)(a) dan perenggan 21(l)(a) setakat yang munasabah memandangkan terma-terma aku janji itu. (4) Jika seseorang (kemudian daripada ini disebut “pembekal zahir”) membekalkan apa-apa loji atau bahan bagi kegunaan semasa bekerja kepada orang lain (kemudian daripada ini disebut “pelanggan”) di bawah perjanjian sewa-beli, perjanjian jualan bersyarat atau perjanjian jualan secara kredit, dan pembekal zahir itu— (a) menjalankan perniagaan pembiayaan pemerolehan barang-barang oleh orang lain melalui perjanjian-perjanjian itu; dan (b) dalam perjalanan perniagaan itu memperolehi kepentingannya dalam loji atau bahan yang dibekalkan kepada pelanggan itu sebagai cara pembiayaan pemerolehannya oleh pelanggan itu daripada pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut “pembekal efektif”), pembekal efektif itu dan bukan pembekal zahir itu hendaklah dikira bagi maksud Bahagian ini membekalkan loji atau bahan itu kepada pelanggan itu, dan apa-apa kewajipan yang dikenakan oleh seksyen 20 dan 21 ke atas pembekal hendaklah dengan itu terletak pada pembekal efektif dan tidak pada pembekal zahir. (5) Bagi maksud Bahagian ini sesuatu loji atau bahan tidaklah dikira sebagai digunakan dengan sepatutnya jika ia digunakan tanpa mengambil kira apa-apa maklumat atau nasihat yang relevan berhubungan dengan penggunaannya yang telah dijadikan tersedia oleh seseorang yang mereka bentuk, mengilang, mengimport atau membekalkannya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 514 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next