(1) It shall be the duty of every employee while at work—
(a) to take reasonable care for the safety and health of himself and of other persons who may be affected by his acts or omissions at work;
(b) to co-operate with his employer or any other person in the discharge of any duty or requirement imposed on the employer or that other person by this Act or any regulation made thereunder;
(c) to wear or use at all times any protective equipment or clothing provided by the employer for the purpose of preventing risks to his safety and health; and
(d) to comply with any instruction or measure on occupational safety and health instituted by his employer or any other person by or under this Act or any regulation made thereunder.
(2) A person who contravenes the provisions of this section shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three months or to both.
Malay text (authoritative)
Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja
(1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja—
*CATATAN—Dahulunya “dua puluh ribu”-lihat seksyen 20 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648].
(a) untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja;
(b) untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
(c) untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya; dan
(d) untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
(2) Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi *dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).