My bookmarksSign up free
← Occupational Safety and Health Act 1994

Occupational Safety and Health Act 1994 s 39

Occupational Safety and Health Act 1994 s 39

s 39 Powers of entry, inspection, examination, seizure, etc.

(1) An occupational safety and health officer, in this Part referred to as the “officer”, may, for the purpose of carrying out the objects of this Act or any regulation made thereunder, at any reasonable time and upon the production of his certificate of authorization enter, inspect and examine any place of work other than a place used solely for residential purposes: Provided that he may enter the residential place with the consent of the owner or if he has reasonable cause to believe that a contravention of this Act or any regulation made thereunder has or is likely to be committed. (2) In exercising his powers under subsection (1), an officer may— (a) make examination and investigation of any plant, substance, article or other thing whatsoever as may be necessary to ascertain whether or not this Act or any regulation made thereunder has been complied with; (b) direct that the place of work or any part thereof, or anything therein, shall be left undisturbed, whether generally or in particular respects, for so long as is reasonably necessary for the purpose of any examination or investigation under paragraph (a); (c) take such measurements and photographs and make such recordings as he considers necessary for the purpose of any examination or investigation under paragraph (a); (d) take samples of any article or substance found in the place of work which he has power to enter, and of the atmosphere in or in the vicinity of the place of work; (e) require any person employed in a place of work in which any of the diseases named in the Third Schedule of the Factories and Machinery Act 1967 or any disease named in any regulation or order made by the Minister under this Act has occurred or is likely to occur, to be medically examined by a medical officer or a registered medical practitioner. (3) Where an officer is of the opinion that a plant or substance has caused or is likely to cause a danger to safety and health, he may— (a) cause it to be dismantled or subjected to any process or test at any convenient place and at such reasonable time as he may appoint, but not so as to damage or destroy it; (b) take possession of it and detain it for so long as is necessary for all or any of the following purposes: (i) to examine it and do to it anything which he has power to do; (ii) to ensure that it is not tampered with before his examination of it is completed; (iii) to ensure that it is available for use as evidence in any proceedings for an offence under any of the provisions of this Act or regulation made thereunder. (4) Where an officer is a medical officer he may— (a) carry out such medical examination as may be necessary for the purposes of his duties under this Act or regulation made thereunder; and (b) exercise such other powers as may be necessary or as are conferred under subsections (2) and (3). (5) An officer may for the purposes of this section seek whenever necessary the assistance of the police if he has reasonable cause to apprehend any serious obstruction in the execution of his duty. (6) Without prejudice to subsection (5), on entering any place of work or residential place by virtue of subsection (1), an officer may bring with him— (a) any other person duly authorized by the Director General; or (b) any equipment or material required for any purpose for which the power of entry is being exercised.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk masuk, memeriksa, meneliti, menyita, dsb.

(1) Seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dalam Bahagian ini disebut “Pegawai”, boleh, bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, pada bila-bila masa yang munasabah dan apabila dikemukakan perakuan pemberikuasaannya memasuki, memeriksa dan meneliti mana-mana tempat kerja selain daripada tempat yang digunakan semata-mata bagi maksud kediaman: Dengan syarat bahawa dia boleh memasuki tempat kediaman itu dengan kebenaran pemunyanya atau jika dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa pelanggaran Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah atau mungkin akan dilakukan. (2) Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai boleh— (a) membuat pemeriksaan, penelitian dan penyiasatan mengenai apa-apa loji, bahan, artikel atau benda lain jua pun sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada atau tidak Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dipatuhi; (b) mengarahkan supaya tempat kerja itu atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa jua di dalamnya, hendaklah tidak diganggu, sama ada pada amnya atau dalam hal-hal tertentu, selama yang semunasabahnya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan di bawah perenggan (a); (c) mengambil apa-apa ukuran atau gambar dan membuat apa-apa rekod yang dianggapnya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan di bawah perenggan (a); (d) mengambil sampel apa-apa artikel atau bahan yang dijumpai dalam tempat kerja yang dia mempunyai kuasa untuk memasukinya, dan udara dalam atau di sekitar mana-mana tempat kerja itu; (e) menghendaki mana-mana orang yang diambil khidmat di sesuatu tempat kerja di mana-mana penyakit pekerjaan atau keracunan pekerjaan yang dinyatakan dalam mana-mana peraturan atau perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini telah terjadi atau mungkin akan terjadi, diperiksa secara perubatan oleh seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar; (f) menghendaki pengemukaan apa-apa buku, rekod, perakuan, notis, data berkomputer atau dokumen, atau apa-apa salinannya yang diperakui, dan membuat salinannya yang difikirkannya perlu bagi maksud apa-apa pemeriksaan, penelitian atau penyiasatan; (g) menilai tahap bising, pencahayaan, panas atau bahan yang merosakkan atau berbahaya di mana-mana tempat kerja dan tahap pendedahan orang yang sedang bekerja di dalamnya; (h) menghendaki mana-mana hospital, klinik perubatan atau bilik mayat untuk memberikan apa-apa maklumat (termasuk laporan perubatan) tentang mana-mana orang yang atau telah bekerja di tempat kerja yang cedera dalam kemalangan di tempat kerja atau yang disyaki menghidapi penyakit pekerjaan yang didapati dari tempat kerja dan sedang menerima rawatan di hospital atau klinik perubatan itu. (3) Jika seseorang pegawai berpendapat bahawa loji atau bahan telah menyebabkan atau mungkin akan menyebabkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan, dia boleh— (a) menyebabkannya dirombak atau dikenakan apa-apa proses atau ujian di mana-mana tempat yang sesuai dan pada bila-bila masa yang munasabah yang ditetapkannya, tetapi tidak sehingga merosakkan atau memusnahkannya; (b) mengambil milik dan menahannya selama yang perlu bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (i) memeriksanya dan melakukan apa-apa jua padanya yang dia mempunyai kuasa untuk melakukannya; (ii) memastikan bahawa ia tidak diganggu sebelum dia selesai memeriksanya; (iii) memastikan bahawa ia tersedia untuk digunakan sebagai bukti dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya. (4) Jika seseorang pegawai ialah seorang pegawai perubatan, dia boleh— (a) menjalankan apa-apa pemeriksaan perubatan yang perlu bagi maksud kewajipannya di bawah Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya; dan (b) menjalankan apa-apa kuasa lain yang perlu atau yang diberikan di bawah subseksyen (2) dan (3). (5) Seseorang pegawai boleh bagi maksud seksyen ini meminta bilamasa perlu bantuan polis jika dia mempunyai sebab munasabah untuk mengkhuatiri apa-apa halangan serius dalam pelaksanaan tugasnya. (6) Tanpa menjejaskan subseksyen (5), dalam memasuki mana-mana tempat kerja atau tempat kediaman alasan yang oleh sebab subseksyen (1), seseorang pegawai boleh membawa bersamanya— (a) mana-mana orang lain yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Ketua Pengarah; atau (b) apa-apa kelengkapan atau benda yang dikehendaki bagi apa-apa maksud yang baginya kuasa untuk masuk dijalankan.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 514 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next