My bookmarksSign up free
← Occupational Safety and Health Act 1994

Occupational Safety and Health Act 1994 s 45

Occupational Safety and Health Act 1994 s 45

s 45 Power to examine witnesses

(1) An officer making an investigation under section 39 or 44 may examine orally any person who appears to him to be acquainted with the facts and circumstances of the case. (2) The person referred to in subsection (1) shall be legally bound to answer all questions relating to the case put to him by the officer: Provided that the person may refuse to answer any question if the officer fails or refuses on demand to produce to him the certificate of authorization issued by the Director General to the officer under subsection 7(1): Provided further that the person may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture. (3) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth whether or not the statement is made wholly or partly in answer to questions. (4) An officer obtaining information from a person shall first inform the person of the provisions of subsections (2) and (3). (5) A statement made by a person under this section shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by him or affixed with his thumb print, as the case may be, after it has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any correction he may wish. (6) Where an officer uses the assistance of an interpreter, any inquiry or requisition to a person made on behalf of the officer by the interpreter shall, for all purposes, be deemed to have been actually made by the officer, and any answer thereto made to the interpreter shall be deemed to have been actually made to the officer.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memeriksa saksi

(1) Seseorang pegawai yang membuat suatu siasatan di bawah seksyen 39 atau 44 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang pada hematnya mengetahui fakta-fakta dan hal keadaan kes itu. (2) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai itu: Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan jika pegawai itu tidak atau enggan, apabila diminta, untuk mengemukakan kepadanya perakuan pemberikuasaan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah kepada pegawai itu di bawah subseksyen 7(1): Dengan syarat selanjutnya bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau perlucuthakan. (3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan. (4) Seseorang pegawai yang mendapatkan maklumat daripada seseorang hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, ditukar ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani olehnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan yang dibuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu. (6) Jika seseorang pegawai menggunakan bantuan jurubahasa, apa-apa siasatan atau rekuisisi kepada seseorang yang dibuat bagi pihak pegawai itu oleh jurubahasa itu hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan sebagai telah sebenarnya dibuat oleh pegawai itu, dan apa-apa jawapan yang dibuat kepada jurubahasa itu hendaklah disifatkan sebagai telah sebenarnya dibuat kepada pegawai itu.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 514 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next