My bookmarksSign up free
← Occupational Safety and Health Act 1994

Occupational Safety and Health Act 1994 s 5

Occupational Safety and Health Act 1994 s 5

s 5 Appointment of officers

(1) The Minister shall appoint a public officer to be the Director General of Occupational Safety and Health, in this Act referred to as the “Director General”, for the purpose of exercising the powers, performing the functions and discharging the duties assigned to him under this Act. (2) The Minister may appoint, from among public officers, such numbers of Deputy Directors General, Directors, Deputy Directors, Assistant Directors and other occupational safety and health officers as may be necessary for the purposes of this Act. (3) If for any reason the Director General is unable to exercise the powers or discharge the duties of his office, the power shall be had and may be exercised and the duties shall be discharged by the Deputy Director General. (4) Subject to such limitations as may be prescribed by regulations made under Part XIV of this Act, an officer appointed under subsection (2) shall perform all the duties imposed, and may exercise all the powers conferred, upon the Director General under this Act, and every duty so performed and power so exercised shall be deemed to have been duly performed and exercised for the purposes of this Act.

Malay text (authoritative)

Pelantikan pegawai, dsb.

(1) Menteri hendaklah melantik daripada kalangan pegawai dalam Skim Perkhidmatan Pemeriksa Kilang dan Jentera— (a) Ketua Pengarah bagi maksud menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini; dan (b) apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini. (2) Jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan jawatannya, kuasa atau kewajipan itu hendaklah dijalankan atau dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Pengarah. (3) Menteri boleh melantik mana-mana pegawai awam daripada mana-mana skim perkhidmatan selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1) untuk menjadi pegawai bagi semua atau mana-mana maksud Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam instrumen pelantikan. (4) Tertakluk pada apa-apa batasan sebagaimana yang ditetapkan, pegawai yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) dan subseksyen (3) hendaklah melaksanakan semua kewajipan yang diberikan, dan boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan, kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini, dan tiap-tiap kewajipan yang dilaksanakan dan kuasa yang dijalankan itu hendaklah disifatkan telah dilaksanakan dan dijalankan dengan sewajarnya bagi maksud Akta ini. (5) Pegawai yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) dan subseksyen (3) hendaklah tertakluk kepada kawalan, arahan dan pengawasan Ketua Pengarah.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 514 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next