My bookmarksSign up free
← Occupational Safety and Health Act 1994

Occupational Safety and Health Act 1994 s 52

Occupational Safety and Health Act 1994 s 52

s 52 Offences committed by body corporate

(1) Where a body corporate contravenes any provision of this Act or any regulation made thereunder, every person who at the time of the commission of the offence is a director, manager, secretary or other like officer of the body corporate shall be deemed to have contravened the provision and may be charged jointly in the same proceedings with the body corporate or severally, and every such director, manager, secretary or other like officer of the body corporate shall be deemed to be guilty of the offence. (2) A person may be proceeded against and convicted under the provision of subsection (1) whether or not the corporation has been proceeded against or has been convicted under that provision.

Malay text (authoritative)

Tanggungan pengarah, dsb., bagi syarikat, dsb.

Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang membantu dalam pengurusannya— (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan (b) jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— *CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu”-lihat perenggan 42(b) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648]. **CATATAN—Dahulunya “satu ribu”-lihat perenggan 42(c) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648]. (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan (ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 514 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next