My bookmarksSign up free
← Occupational Safety and Health Act 1994

Occupational Safety and Health Act 1994 s 66

Occupational Safety and Health Act 1994 s 66

s 66 Regulations

(1) The Minister may make regulations for or with respect to the safety, health and welfare of persons at work in order to achieve the objects of this Act. (2) In particular and without prejudice to the generality of subsection (1), such regulations may— (a) regulate or prohibit— (i) the manufacture, supply or use of any plant; (ii) the manufacture, supply, storage, transport or use of any substance; and (iii) the carrying on of any process or the carrying out of any operation; (b) prescribe the requirements with respect to the design, construction, guarding, siting, installation, commissioning, examination, repair, maintenance, alteration, adjustment, dismantling, testing, marking or inspection of any plant; (c) prescribe the requirements with respect to the examination, testing, analysis, labelling or marking of any substance; (d) prescribe the times and the manner in which employers or other specified persons are required to examine, test, analyze, label or mark any substance; (e) prescribe the requirements to abstain from eating, drinking or smoking in any circumstances involving risk of absorption of any substance or risk of injury or poisoning arising out of the use of any substance; (f) prescribe the requirements with respect to the instruction, training and supervision of persons at work; (g) prescribe the procedure for employers to notify any accident, dangerous occurrence, occupational poisoning or occupational disease; (h) prescribe the arrangements to be made with respect to the taking of any action or precaution to avoid, or in the event of, any accident or dangerous occurrence; (i) prohibit or require the taking of any action in the event of any accident or dangerous occurrence; (j) prescribe the requirements with respect to the provision and use in specified circumstances of protective clothing or equipment and rescue equipment; (k) prescribe the standards in relation to the use of, including standards of exposure to, any physical, biological, chemical or psychological hazard; (l) regulate and require the monitoring by employers or occupiers of conditions at a place of work including the health of their employees; (m) secure the provision of adequate welfare facilities by employers for persons at work; (n) require the employers to keep and preserve records and other documents; (o) prescribe the composition, powers, functions and procedures of safety and health committees and regulate the election or appointment of members of the committees and other related matters; (p) prescribe the manner of holding inquiries under section 33 and of hearing appeals under section 36 or 50; (q) prescribe the fees payable or chargeable for doing any act or providing any service for the purposes of this Act or any regulation made thereunder; (r) prescribe the offences which may be compounded and the method and procedure to be complied with; (s) prescribe the requirements for engaging a medical officer and the procedures for the registration of the medical officer; (t) prescribe the requirements for employing a safety and health officer, the training required of a safety and health officer and the procedures for registration; (u) prescribe any other matter which may appear to the Minister to be expedient or necessary for the better carrying out of this Act.

Malay text (authoritative)

Peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang semasa bekerja bagi mencapai tujuan-tujuan Akta ini. (2) Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh— (a) mengawalselia atau melarang— (i) pengilangan, pembekalan atau penggunaan apa-apa loji; (ii) pengilangan, pembekalan, penyimpanan, pengangkutan atau penggunaan apa-apa bahan; dan (iii) penjalanan apa-apa proses atau penjalanan apa-apa pengendalian; (b) menetapkan kehendak berkenaan dengan reka bentuk, pembinaan, pengawalan, penempatan, pemasangan, permulaan penggunaan, penelitian, kelayakan semula, pembaikan, penyenggaraan, pengubahan, penyesuaian, pembukaan, pengujian, penandaan atau pemeriksaan mana-mana loji; (ba) menetapkan kehendak berkenaan dengan apa-apa loji bagi maksud skim pemeriksaan khas di bawah seksyen 27F; (c) menetapkan kehendak berkenaan dengan penelitian, pengujian penganalisisan, pelabelan atau penandaan apa-apa bahan; (d) menetapkan masa dan cara majikan atau orang-orang yang ditentukan lain yang dikehendaki meneliti, menguji, menganalisis, melabel menandakan atau membekalkan maklumat tentang apa-apa bahan; (e) menetapkan kehendak supaya menahan diri daripada makan, minum atau merokok dalam mana-mana keadaan yang melibatkan risiko penyerapan apa-apa bahan atau risiko kecederaan atau keracunan yang berbangkit daripada penggunaan apa-apa bahan; (f) menetapkan kehendak berkenaan dengan arahan, latihan dan penyeliaan orang-orang yang sedang bekerja; (g) menetapkan prosedur bagi seseorang majikan untuk memberitahu apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan; (h) menetapkan perkiraan yang hendaklah dibuat berkenaan dengan pengambilan apa-apa tindakan atau langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan, atau sekiranya berlaku, apa-apa kemalangan atau kejadian berbahaya dan untuk meminimumkan risiko dan untuk mengurangkan kesannya; (i) melarang atau menghendaki pengambilan apa-apa tindakan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan atau kejadian berbahaya; (j) menetapkan kehendak berkenaan dengan pengadaan dan penggunaan kelengkapan pelindung diri dan kelengkapan kemudahan pemantauan dan pengujian dan kelengkapan penyelamat dalam hal keadaan tertentu; (k) menetapkan standard berhubungan dengan penggunaan bagi, termasuklah standard pendedahan kepada, apa-apa bahaya fizikal, biologi, kimia atau psikologi; (l) mengawalselia dan menghendaki pengawasan oleh majikan atau penghuni keadaan di tempat kerja termasuklah keperluan ergonomik, fisiologi dan psikologi dan kesihatan pekerja mereka; (m) memastikan pengadaan kemudahan kebajikan, keselamatan dan kesihatan yang memadai oleh majikan bagi orang-orang yang sedang bekerja; (n) menghendaki majikan menyimpan dan memelihara rekod-rekod dan dokumen-dokumen lain; (o) menetapkan komposisi, kuasa, fungsi dan prosedur jawatankuasa-jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dan mengawalselia pemilihan atau pelantikan anggota jawatankuasa itu dan perkara-perkara berkaitan yang lain; (p) menetapkan cara menjalankan siasatan di bawah seksyen 33 dan bagi mendengar rayuan di bawah seksyen 50; (q) menetapkan fee yang kena dibayar atau boleh dikenakan bagi melakukan apa-apa perbuatan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; (r) menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan kaedah dan prosedur yang dikehendaki dipatuhi; (s) menetapkan kehendak bagi mengguna-khidmat pegawai perubatan dan prosedur bagi pendaftaran pengawai perubatan itu; (t) menetapkan kehendak bagi melantik pegawai keselamatan dan kesihatan, latihan yang diperlukan bagi pegawai keselamatan dan kesihatan dan prosedur bagi pendaftarannya; (ta) menetapkan kehendak dan cara bagi pemberitahuan tentang pengusahaan, perancangan dan pengurusan reka bentuk apa-apa aktiviti di tempat kerja; (tb) menetapkan masa apabila dan cara bagaimana orang kompeten dikehendaki untuk mengambil alih atau mengawal apa-apa loji, tempat kerja, proses, bahan dan aktiviti, dan apa-apa kehendak yang berhubungan dengannya; (u) menetapkan apa-apa perkara lain yang pada hemat Menteri suai-manfaat atau perlu bagi menjalankan Akta ini dengan lebih baik. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya bagi kesalahan itu.

Read this section in the full act → · Open Part XIV →

Find Act 514 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next