My bookmarksSign up free
← Occupational Safety and Health Act 1994

Occupational Safety and Health Act 1994 s 9

Occupational Safety and Health Act 1994 s 9

s 9 Membership of the Council

(1) The Council shall consist of not less than twelve and not more than fifteen members who shall be appointed by the Minister, of whom— (a) three persons shall be from organizations representing employers; (b) three persons shall be from organizations representing employees; (c) three or more persons shall be from Ministries or Departments whose responsibility is related to occupational safety and health; and (d) three or more persons, of whom at least one shall be a woman, shall be from organizations or professional bodies the activities of whose members are related to occupational safety and health and who, in the opinion of the Minister, are able to contribute to the work of the Council. (2) The Minister shall appoint from among the persons mentioned in subsection (1) a Chairman and a Deputy Chairman of the Council.

Malay text (authoritative)

Keanggotaan Majlis

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua puluh dua dan tidak lebih daripada dua puluh lima anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri seperti yang berikut: (a) lima orang daripada organisasi yang mewakili majikan yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; (b) lima orang daripada organisasi yang mewakili pekerja yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; (c) Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia; (d) Ketua Pengarah; (e) lima wakil Kerajaan, yang terdiri daripada— (i) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; dan (ii) wakil daripada Kementerian atau Jabatan yang tanggungjawabnya berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; (f) Pengarah Eksekutif Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara; (g) Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial; dan (h) tiga orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang hendaklah wanita, daripada organisasi atau badan profesional yang aktiviti anggotanya berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dan yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. (2) Menteri hendaklah melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis daripada kalangan orang yang disebut dalam subseksyen (1), kecuali orang yang disebut dalam perenggan (1)(d). Jadual Kedua adalah terpakai

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 514 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next