Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 12
s 12 Issue of certificate by Director of Marine
(1) Subject to subsection (2), if the Director of Marine is satisfied, on an application for such a certificate as is mentioned in section 11 in respect of a ship registered in Malaysia or any country which is not a Liability Convention country, that there will be in force in respect of the ship, throughout the period for which the certificate is to be issued, a valid contract of insurance or other financial security satisfying the requirements of Article 7 of the Liability Convention, the Director of Marine shall issue such a certificate to the owner.
(2) If the Director of Marine is of the opinion that there is a doubt whether the person providing the insurance or other financial security will be able to meet his obligations, or whether the insurance or other financial security will cover the owner’s liability under section 3 in all circumstances, he may refuse to issue the certificate.
(3) The Director of Marine shall maintain a record of any certificate issued by him in respect of a ship registered in Malaysia and this shall be available for public inspection.
Malay text (authoritative)
Pengeluaran perakuan oleh Pengarah Laut
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika Pengarah Laut berpuas hati, apabila suatu permohonan dibuat untuk mendapatkan perakuan yang disebut dalam seksyen 11 berkenaan dengan suatu kapal yang didaftarkan di Malaysia atau mana-mana negara yang bukan negara Konvensyen Liabiliti, bahawa akan ada berkuat kuasa berkenaan dengan kapal itu, sepanjang tempoh yang baginya perakuan itu akan dikeluarkan, suatu kontrak insurans yang sah atau cagaran kewangan lain yang memenuhi kehendak Perkara 7 Konvensyen Liabiliti, Pengarah Laut hendaklah mengeluarkan perakuan itu kepada pemunya kapal.
(1A) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika Pengarah Laut berpuas hati, apabila suatu permohonan dibuat untuk mendapatkan perakuan yang disebut dalam seksyen 11A berkenaan dengan suatu kapal yang didaftarkan di Malaysia atau mana-mana negara yang bukan negara Konvensyen Bunkers, bahawa akan ada berkuat kuasa berkenaan dengan kapal itu, sepanjang tempoh yang baginya perakuan itu akan dikeluarkan, suatu kontrak insurans yang sah atau cagaran kewangan lain yang memenuhi kehendak Perkara 7 Konvensyen Bunkers, Pengarah Laut hendaklah mengeluarkan perakuan itu kepada pemunya berdaftar.
(2) Jika Pengarah Laut berpendapat bahawa terdapat keraguan sama ada orang yang mengadakan insurans atau cagaran kewangan lain itu boleh memenuhi obligasinya, atau sama ada insurans atau cagaran kewangan lain itu akan melindungi liabiliti pemunya di bawah seksyen 3 atau 3A dalam segala hal keadaan, dia boleh enggan mengeluarkan perakuan itu.
(3) Pengarah Laut hendaklah menyenggara suatu rekod mengenai mana-mana perakuan yang dikeluarkan olehnya berkenaan dengan kapal yang didaftarkan di Malaysia dan rekod ini hendaklah boleh didapati untuk pemeriksaan awam.
Read this section in the full act →
Find Act 515 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).