My bookmarksSign up free
← Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 18

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 18

s 18 Power to obtain information

(1) For the purpose of transmitting to the Fund the names and addresses of the persons who under section 17 are liable to make contributions to the Fund for any year, and the quantity of oil in respect of which they are so liable, the Director of Marine may by notice require any person engaged in producing, treating, distributing or transporting oil to furnish such information as may be specified in the notice. (2) A notice under this section may specify the way in which, and the time within which, it is to be complied with. (3) In proceedings by the Fund against any person to recover any amount due under section 17, particulars contained in any list transmitted by the Director of Marine to the Fund shall, so far as those particulars are based on information obtained under this section, be admissible as evidence of the facts stated in the list; and so far as particulars which are so admissible are based on information given by the person against whom the proceedings are brought, those particulars shall be presumed to be accurate until the contrary is proved. (4) If a person discloses any information which has been furnished to or obtained by him under this section, or in connection with the execution of this section, he shall, unless the disclosure is made— (a) with the consent of the person from whom the information was obtained; (b) in connection with the execution of this section; or (c) for the purposes of any legal proceedings arising out of this section or of any report of such proceedings, be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both. (5) A person who — (a) refuses or wilfully neglects to comply with a notice under this section; or (b) in furnishing any information in compliance with a notice under this section makes any statement which he knows to be false in a material particular, or recklessly makes any statement which is false in a material particular, shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mendapatkan maklumat

(1) Bagi maksud menghantar kepada Kumpulan Wang nama dan alamat orang yang di bawah seksyen 17 adalah bertanggungan untuk membuat caruman kepada Kumpulan Wang bagi mana-mana tahun, dan kuantiti minyak yang berkenaan dengannya orang itu adalah bertanggungan sedemikian, Pengarah Laut boleh melalui notis menghendaki mana-mana orang yang terlibat dalam mengeluarkan, memproses, mengedarkan atau mengangkut minyak memberikan apaapa maklumat yang dinyatakan dalam notis itu. (2) Notis di bawah seksyen ini boleh menentukan cara bagaimana, dan masa yang dalamnya, notis itu hendaklah dipatuhi. (3) Dalam prosiding oleh Kumpulan Wang terhadap mana-mana orang untuk mendapat kembali apa-apa amaun yang kena dibayar di bawah seksyen 17, butir-butir yang terkandung dalam mana-mana senarai yang dihantar oleh Pengarah Laut kepada Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang butir-butir tersebut adalah berasaskan maklumat yang didapati di bawah seksyen ini, boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam senarai itu; dan setakat yang butir-butir yang boleh diterima sedemikian adalah berasaskan maklumat yang diberikan oleh orang yang terhadapnya prosiding itu dibawa, butir-butir tersebut hendaklah dianggap tepat sehingga yang sebaliknya dibuktikan. (4) Jika seseorang mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diberikan kepadanya atau didapati olehnya di bawah seksyen ini, atau berkaitan dengan pelaksanaan seksyen ini, dia, melainkan jika pendedahan itu dibuat— (a) dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat itu telah didapati; (b) berkaitan dengan pelaksanaan seksyen ini; atau (c) bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang yang berbangkit daripada seksyen ini atau apa-apa laporan mengenai prosiding itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (5) Seseorang yang— (a) enggan atau dengan sengaja mengabaikan untuk mematuhi notis di bawah seksyen ini; atau (b) dalam memberikan apa-apa maklumat pada mematuhi notis di bawah seksyen ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu mengenai sesuatu butir material, atau secara melulu membuat apa-apa pernyataan yang adalah palsu mengenai butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 515 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next