My bookmarksSign up free
← Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 19

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 19

s 19 Liability of the Fund

(1) Save as provided under subsection (4), the Fund shall be liable for pollution damage in any area of Malaysia if the person suffering the damage has been unable to obtain full compensation under section 3— (a) because liability under that section is wholly exonerated by section 4; (b) because the owner of a ship liable for the pollution damage cannot meet his obligations in full or any insurance or other financial security provided under section 11 is insufficient to satisfy the claims; or (c) because the pollution damage exceeds the liability under section 3 as limited by section 6. (2) For the purposes of this section the owner of a ship is to be treated as incapable of meeting his obligations if the obligations have not been met after all reasonable steps have been taken to pursue the legal remedies available. (3) Expenses reasonably incurred or sacrifices reasonably made by the owner of a ship voluntarily to prevent or minimize pollution damage shall be treated as pollution damage for the purpose of this section, and accordingly he shall be in the same position with respect to claims against the Fund under this section as if he had a claim in respect of liability under section 3. (4) The Fund shall not incur an obligation under this section if— (a) it proved that the pollution damage— (i) resulted from an act of war, hostilities, civil war or insurrection; or (ii) was caused by oil which has been discharged or has escaped from a warship or other ship owned or operated by a State and used, at the time of the incident, only on government non-commercial service; or (b) the claimant cannot prove that the pollution damage resulted from an incident involving one or more ships. (5) If it is proved that the pollution damage resulted wholly or partly— (a) from an act or omission done with intent to cause damage by the person who suffered the damage; or (b) from the negligence of that person, the Fund may be exonerated wholly or partly from its obligation to pay compensation to that person: Provided that this subsection shall not apply to a claim in respect of expenses or sacrifices made voluntarily to prevent or minimize pollution damage. (6) The Fund’s liability under this section shall be subject to the limits as set out in Part II of the First Schedule. (7) Notwithstanding any other written law evidence of any instrument issued by any organ of the Fund or of any document in the custody of the Fund, or any entry in or extract from such a document, may be given in any legal proceedings by production of a copy certified as a true copy by an official of the Fund; and any document purporting to be such a copy shall be received in evidence without proof of the official position or handwriting of the person signing the certificate. (8) For the purpose of giving effect to the provisions of paragraphs 1, 2, 3, 6, 7 and 8 of Article 4 of the Fund Convention and Part II of the First Schedule, as the may case may be, a Court giving judgement against the Fund in proceedings under this section shall notify the Fund, and— (a) no steps shall be taken to enforce the judgement unless and until the Court gives leave to enforce it; (b) that leave shall not be given unless and until the Fund notifies the Court either that the amount of the claim is not to be reduced under the said provision of Article 4 or Part II of the First Schedule; (c) in the latter case the judgement shall be enforceable only for the reduced amount.

Malay text (authoritative)

Liabiliti Kumpulan Wang

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4), Kumpulan Wang hendaklah bertanggungan bagi kerosakan pencemaran di mana-mana kawasan di Malaysia jika orang yang menanggung kerosakan itu tidak dapat memperoleh pampasan penuh di bawah seksyen 3— (a) oleh sebab liabiliti di bawah seksyen itu dilepaskan sepenuhnya oleh seksyen 4; (b) oleh sebab pemunya kapal yang bertanggungan bagi kerosakan pencemaran itu tidak dapat memenuhi obligasinya sepenuhnya atau apa-apa insurans atau cagaran kewangan lain yang diadakan di bawah seksyen 11 tidak mencukupi untuk menyelesaikan tuntutan itu; atau (c) oleh sebab kerosakan pencemaran itu melebihi liabiliti di bawah seksyen 3 sebagaimana yang terbatas oleh seksyen 6. (2) Bagi maksud seksyen ini pemunya sesuatu kapal hendaklah dianggap tidak berupaya untuk memenuhi obligasinya jika obligasi itu tidak dipenuhi selepas segala langkah munasabah telah diambil untuk meneruskan remedi undang-undang yang ada. (3) Perbelanjaan munasabah yang dilakukan atau pengorbanan munasabah yang dibuat oleh pemunya sesuatu kapal secara sukarela untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan pencemaran hendaklah dianggap sebagai kerosakan pencemaran bagi maksud seksyen ini, dan dengan demikian itu dia hendaklah berada dalam kedudukan yang sama berkenaan dengan tuntutan terhadap Kumpulan Wang di bawah seksyen ini seolah-olah dia mempunyai tuntutan berkenaan dengan liabiliti di bawah seksyen 3. (4) Kumpulan Wang tidaklah menanggung sesuatu obligasi di bawah seksyen ini jika— (a) ia membuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu— (i) diakibatkan oleh tindakan perang, permusuhan, perang saudara atau penderhakaan; atau (ii) disebabkan oleh minyak yang telah dilepaskan atau bocor daripada kapal perang atau kapal lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh sesuatu Negara dan digunakan, pada masa insiden itu, hanya untuk perkhidmatan bukan komersial kerajaan sahaja; atau (b) pihak menuntut itu tidak dapat membuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu adalah akibat daripada sesuatu insiden yang melibatkan satu kapal atau lebih. (5) Jika dibuktikan bahawa kerosakan pencemaran itu keseluruhannya atau sebahagiannya diakibatkan— (a) oleh suatu perbuatan atau peninggalan yang dibuat dengan niat hendak menyebabkan kerosakan oleh orang yang menanggung kerosakan itu; atau (b) daripada kecuaian orang itu, maka Kumpulan Wang bolehlah dilepaskan keseluruhannya atau sebahagiannya daripada obligasinya untuk membayar pampasan kepada orang itu: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi suatu tuntutan berkenaan dengan perbelanjaan atau pengorbanan yang dibuat secara sukarela untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan pencemaran. (6) Liabiliti Kumpulan Wang di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk kepada batasan sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama. (7) Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang lain keterangan mengenai apa-apa surat cara yang dikeluarkan oleh manamana organ Kumpulan Wang atau apa-apa dokumen dalam jagaan Kumpulan Wang, atau apa-apa catatan dalam atau cabutan daripada mana-mana dokumen sedemikian, boleh diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang dengan mengemukakan suatu salinan yang diperakui sebagai salinan benar oleh seorang pegawai Kumpulan Wang; dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai salinan itu hendaklah diterima dalam keterangan tanpa bukti mengenai jawatan rasmi atau tulisan orang yang menandatangani perakuan itu. (8) Bagi maksud melaksanakan peruntukan perenggan 1, 2, 3, 6, 7 dan 8 Perkara 4 Konvensyen Kumpulan Wang dan Bahagian II Jadual Pertama, mengikut mana-mana yang berkenaan, Mahkamah yang memberikan penghakiman terhadap Kumpulan Wang dalam prosiding di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu Kumpulan Wang, dan— (a) tiada langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan penghakiman itu melainkan jika dan sehingga Mahkamah memberikan kebenaran untuk menguatkuasakannya; (b) kebenaran itu tidak boleh diberikan melainkan jika dan sehingga Kumpulan Wang memberitahu Mahkamah sama ada amaun tuntutan itu tidak akan dikurangkan di bawah peruntukan Perkara 4 yang tersebut atau Bahagian II Jadual Pertama atau bahawa ia akan dikurangkan kepada suatu amaun yang tertentu; dan (c) dalam hal yang kedua itu, penghakiman boleh dikuatkuasakan hanya bagi amaun yang dikurangkan sahaja.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 515 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next