Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 23
s 23 Jurisdiction and effect of judgements
(1) The jurisdiction of the High Court in relation to matters of admiralty under paragraph 24(b) of the Courts of Judicature Act 1964 [Act 91] shall extend to any claim in respect of a liability incurred under this Act, including a liability falling on the Fund under Part III.
(2) Where any oil is discharged or escapes from a ship but does not result in any pollution damage in any area of Malaysia and no preventive measures are reasonably taken to prevent or minimize such damage in that area, no Court in Malaysia shall consider an action (whether in rem or in personam) to enforce a claim arising from—
(a) any pollution damage caused in any area of another Liability Convention country resulting from the discharge or escape;
(b) any expenses incurred in taking preventive measures to prevent or minimize such damage in any area of another Liability Convention country; or
(c) any damage caused by preventive measures so taken.
(3) Where the Fund has been given notice of proceedings instituted against the owner of a ship or his guarantor in respect of liability under section 3, any judgement given in the proceedings shall, after it has become final and enforceable, become binding upon the Fund in the sense that the facts and findings in the judgement may not be disputed by the Fund even if the Fund has not intervened in the proceedings.
(4) Where a person incurs a liability under the law of a Fund Convention country corresponding to Part II for damage which is partly in any area of Malaysia subsection (3) shall, for the purpose of proceedings under Part III, apply with any necessary modifications to a judgement in proceedings under that law of the said country.
Malay text (authoritative)
Bidang kuasa dan kesan penghakiman
(1) Bidang kuasa Mahkamah Tinggi berhubungan dengan perkara admiralti di bawah perenggan 24(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] hendaklah diperluaskan kepada apa-apa tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah Akta ini, termasuklah liabiliti yang ditanggung oleh Kumpulan Wang di bawah Bahagian III.
(2) Jika apa-apa minyak atau minyak bunker dilepaskan atau bocor daripada kapal tetapi tidak mengakibatkan apa-apa kerosakan pencemaran di mana-mana kawasan di Malaysia dan tiada langkah pencegahan semunasabahnya diambil untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan sedemikian di kawasan itu, tiada Mahkamah di Malaysia boleh mempertimbangkan suatu tindakan (sama ada in rem atau in personam) untuk menguatkuasakan tuntutan yang berbangkit daripada—
(a) apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan berlaku di mana-mana kawasan negara Konvensyen Liabiliti atau negara Konvensyen Bunkers yang lain akibat daripada pelepasan atau kebocoran itu;
(b) apa-apa perbelanjaan yang ditanggung dalam mengambil langkah pencegahan untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan sedemikian di mana-mana kawasan negara Konvensyen Liabiliti atau negara Konvensyen Bunkers yang lain; atau
(c) apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh langkah pencegahan yang diambil sedemikian.
(3) Jika Kumpulan Wang telah diberikan notis mengenai prosiding yang dimulakan terhadap pemunya sesuatu kapal atau penjaminnya berkenaan dengan liabiliti di bawah seksyen 3, apa-apa penghakiman
yang diberikan dalam prosiding itu hendaklah, selepas ia menjadi muktamad dan boleh dikuatkuasakan, mengikat Kumpulan Wang dalam erti kata bahawa fakta dan dapatan dalam penghakiman itu tidak boleh dipertikaikan oleh Kumpulan Wang walaupun Kumpulan Wang tidak campur tangan dalam prosiding itu.
(4) Jika seseorang menanggung liabiliti di bawah undang-undang negara Konvensyen Kumpulan Wang yang bersamaan dengan Bahagian II kerana kerosakan yang sebahagiannya adalah di manamana kawasan di Malaysia subseksyen (3) hendaklah, bagi maksud prosiding di bawah Bahagian III, terpakai dengan apa-apa ubah suaian yang perlu bagi suatu penghakiman dalam prosiding di bawah undang-undang itu di negara tersebut.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 515 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).