My bookmarksSign up free
← Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 24

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 24

s 24 Enforcement of judgements

(1) Subject to subsection (3), Part II of the Reciprocal Enforcement of Judgements Act 1958 [Act 99] shall apply to any judgement given by a Court in— (a) a Liability Convention country to enforce a claim in respect of a liability incurred under any provision corresponding to section 3; or (b) a Fund Convention country to enforce a claim in respect of liability incurred under any provision corresponding to section 19, and in its application to such a judgement the said Part II shall have effect with the omission of subsections 5(2) and (3) of that Act. (2) In respect of paragraph (1)(b), no steps shall be taken to enforce such a judgement unless and until the Court in which it is registered under Part II of the Reciprocal Enforcement of Judgements Act 1958 gives leave to enforce it and— (a) that leave shall not be given unless and until the Fund notifies the Court either that the amount of the claim is not to be reduced under paragraph 1 of Part II of the First Schedule or that it is to be reduced to a specified amount; and (b) in the latter case the judgement shall be enforceable only for the reduced amount. (3) For the purposes of this Act, subsection 3(2) of the Reciprocal Enforcement of Judgements Act 1958 shall apply with the following modifications: (a) the reference to the Yang di-Pertuan Agong shall be construed as a reference to the Minister; (b) the reference to the First Schedule shall be construed as a reference to the Second Schedule to this Act; and (c) the High Court of the country or territory shall be deemed to be the superior court of that country or territory.

Malay text (authoritative)

Penguatkuasaan penghakiman

(1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Bahagian II Akta Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 1958 [Akta 99] hendaklah terpakai bagi apa-apa penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah di — (a) negara Konvensyen Liabiliti untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan seksyen 3; (b) negara Konvensyen Kumpulan Wang untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan seksyen 19; atau (c) negara Konvensyen Bunkers untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan seksyen 3A, dan dalam pemakaian Akta itu bagi penghakiman sedemikian Bahagian II tersebut hendaklah berkuat kuasa dengan meninggalkan subseksyen 5(2) dan (3) Akta tersebut. (2) Berkenaan dengan perenggan (1)(b), tiada langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan suatu penghakiman sedemikian melainkan jika dan sehingga Mahkamah di mana penghakiman itu didaftarkan di bawah Bahagian II Akta Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 1958 memberikan kebenaran untuk menguatkuasakannya dan— (a) bahawa kebenaran tidak boleh diberikan melainkan jika dan sehingga Kumpulan Wang memberitahu Mahkamah sama ada amaun tuntutan itu tidak akan dikurangkan di bawah perenggan 1 Bahagian II Jadual Pertama atau ia akan dikurangkan kepada suatu amaun tertentu; dan (b) dalam hal yang kedua itu, penghakiman itu boleh dikuatkuasakan hanya bagi amaun yang dikurangkan. (3) Bagi maksud Akta ini, subseksyen 3(2) Akta Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 1958 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang berikut: (a) sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri; (b) sebutan mengenai Jadual Pertama hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Jadual Kedua kepada Akta ini; dan (c) Mahkamah Tinggi negara atau wilayah itu hendaklah disifatkan sebagai mahkamah atasan negara atau wilayah itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 515 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next