My bookmarksSign up free
← Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 27

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 27

s 27 Power to board and search ships

(1) The Director of Marine or any authorized officer may, where he has reason to believe that an offence has been committed under this Act or any regulations made thereunder, without a warrant— (a) board and search any ship; or (b) enter and search any premises, and may carry out such inspection and examination as he may consider necessary and may seize any books, papers, documents or other things found in those places which may furnish evidence of the commission of an offence under this Act or any regulations made thereunder and may make copies of, or take extracts from, any such books, papers or documents. (2) Any person who assaults, hinders, impedes or obstructs the Director of Marine or any authorized officer in the performance of his duties under this section shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk menaiki dan menggeledah kapal

(1) Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, boleh tanpa waran— (a) menaiki dan menggeledah mana-mana kapal; atau (b) memasuki dan menggeledah mana-mana premis, dan boleh menjalankan apa-apa pemeriksaan dan penelitian yang difikirkannya perlu dan boleh menyita apa-apa buku, kertas, dokumen atau benda lain yang dijumpai di tempat itu yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan boleh membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, manamana buku, kertas atau dokumen sedemikian. (2) Mana-mana orang yang menyerang, menggalang, merintangi atau menghalang Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan tugasnya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 515 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next