s 11
(1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seseorang bergelar "Ketua Pegawai Eksekutif" menjadi pegawai eksekutif utama dan meletakhakkan padanya apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan wajar fungsifungsi dan hal-ehwal Lembaga. (3) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am atas pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat lain Lembaga. (4) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. (5) Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada buat sementara di dalam Malaysia atau tidak berupaya oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang baik tidak dapat melaksanakan kewajipan-kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain menjalankan kewajipan-kewajipannya.