My bookmarksSign up free
Act 520

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994

Akta lembaga pembangunan industri pembinaan malaysia 1994

In force · 38 sections · 3 schedules

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

English text is the official translation; the Malay text (AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994) is authoritative (National Language Acts 1963/67, s 6).

Data synced

Find Act 520 on lom.agc.gov.my ↗

Bahagian I — Permulaan
s 2Open ↗
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya Tafsiran. menghendaki makna yang lain— "anggota" ertinya seseorang anggota Lembaga termasuk Pengerusi; "industri pembinaan" ertinya industri berkenaan dengan kerja-kerja pembinaan; "kerja-kerja pembinaan" ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan— (a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi; (b) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan atau talian kabel, terusan atau padang terbang; (c) apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai; (d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau (e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip, pembetung, akueduk, pemacu, syaf, terowong atau kerjakerja penebusgunaan, dan termasuklah apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuk pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, meletakkan batu asas, pemulihan dan melanskap tapak; "Ketua Pegawai Eksekutif" ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11; "kontraktor" ertinya seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan; "Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 15; "bimlangal eaysia y aembtia Dkan di bavah Seduyeri "Menteri" ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkaraperkara yang berhubungan dengan kerjaraya; "pekerja binaan mahir" ertinya seseorang yang memiliki tahap kemahiran yang boleh diterima sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada satu atau lebih tred seperti yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga; "Pengerusi" ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5; "penyelia tapak binaan" ertinya seseorang yang ditugaskan di tapak binaan oleh kontraktor untuk menyelia kerja-kerja pembinaan; "syarikat" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada "perbadanan" di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965. Akta 125.
Bahagian II — Lembaga
s 3Open ↗
Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan Lembaga. Perbbinnan bernaysa emb fa Pl banguan Jad uai Pembinaan Malaysia" mempunyai suatu meterai biasa, yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai-janji, mendemis, menyerahhakkan şemula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apaapa kepentingan mengenainya yang terletakhak pada Lembaga, mengikut apa-apa terma yång difikirkannya patut.
s 4Fungsi-fungsiOpen ↗
(1) Fungsi-fungsi Lembaga ialah— Lembaga. (a) memajukan dan menggalakkan pembangunan, pembaikan pengembangan industri pembinaan; (b) menasihati dan membuat syor-syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan; (c) memajukan, menggalakkan dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan industri pembinaan; (d) memajukan, menggalakkan dan membantu eksport perkhidmatan berhubungan dengan industri pembinaan; (e) mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan; (f) memajukan jaminan kualiti dalam industri pembinaan; (g) menggiatkan penstandardan dan pembaikan teknik pembinaan dan bahan binaan; (h) mendayausahakan dan menyenggara sistem maklumat industri pembinaan; (i) mengadakan, memajukan, mengkaji semula dan menyelaraskan program latihan yang dianjurkan oleh pusat latihan pembinaan awam dan persen derian la-pe pekirjąapeke bia binaan (j) meakreditasikan dan mendaftar kontraktorkontraktor untuk membatalkan, menggantung atau memasukkan semula pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar; (k) meakreditasikan dan memperakui pekerjapekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan. (2) Lembaga adalah berkuasa melakukan segala perkara yang suaimanfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi-fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas— (a) menjalankan segala aktıvıtı, Khususnya aktıvitı- aktivitı berkenaan dengan industri pembinaan, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsifungsinya; (b) mengawardkan perakuan kecekapan; (c) dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau memperkembangkan, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikatsyarikat, perbadanan-perbadanan atau badanbadan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti sedemikian sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Lembaga atau secara bebas; (d) mengadakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau selainnya kepada orang-orang yang terlibat dalam industri pembinaan bagi maksud menggalakkan industri tersebut dan mengadakan apa-apa gerenti bagi pihak mereka; (e) mengenakan fee atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan manamana fungsi atau kuasanya; (J) menerima, sebagai balasan apa-apa perkhidmatan yang mungkin diberikan olehnya, apa-apa komisen atau pembayaran sebagaimana yang telah dipersetujui dengan mana-mana orang; dan (g) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan. (3) Tertakluk kepada seksyen 7, adalah menjadi tanggungjawab Lembaga dalam melaksanakan fungsi- Keanggotaan Lembaga. Pengkhidmat N.M.B. Bab 45. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan. Penyata, laporan, akaun dan maklumat. fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi-fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat nenjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan industr pembinaan.
s 5Open ↗
(1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggotaanggota yang berikut: (a) seorang Pengerusi; (b) enam orang wakil daripada sektor swasta; dan (c) empat orang wakil yang hendaklah memegang jawatan dalam perkhidmatan awam, yang hendaklah dilantik oleh Menteri. (2) Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama adalah terpakai bagi Lembaga.
s 6Open ↗
Semua anggota, pegawai dan pengkhidmat Lembaga, semasa menunaikan kewajipan-kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan pengkhidmat Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
s 7Open ↗
Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menterı, dan Menterı boleh darı semasa ke semasa memberikan arahan-arahan yang tıdak tak konsısten dengan Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan segala arahan sedemikian.
s 8Open ↗
(1) Lembaga hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti-aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang raktık selepas akhır setiap tahun kewangan nenyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada manamana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
s 9Open ↗
(1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatan- Kuasa kuasa yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk Lembaga membantunya dalam pelaksanaan fungsı-fungsınya di menubuhkan bawah Akta ini. jawatankuasa. (2) Lembagą boleh melantik mana-mana orang yang sesuai menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1). (3) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawalselia prosedurnya sendiri dan, pada menjalankan kuasa-kuasanya di bawah subseksyen • ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberi kepadanya oleh Lembaga. (4) Mana-mana mesyuarat jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa, tertakluk kepada subseksyen (3). (5) Sesuatu jawatankuasa boleh menjemput manamana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya atas apa-apa perkara yang dibincangkan dengan syarat bahawa orang yang dijemput sedemikian itu tidak berhak mengundi di mana-mana mesyuarat itu. (6) Anggota-anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini dan mana-mana orang yang dijemput di bawah subseksyen (5) untuk Pengerusi. Ketua Pegawai Eksekutif. menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga.
Bahagian III — Pengerusi, pegawai, pengkhidmat
s 11Open ↗
(1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seseorang bergelar "Ketua Pegawai Eksekutif" menjadi pegawai eksekutif utama dan meletakhakkan padanya apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan wajar fungsifungsi dan hal-ehwal Lembaga. (3) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am atas pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat lain Lembaga. (4) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. (5) Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada buat sementara di dalam Malaysia atau tidak berupaya oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang baik tidak dapat melaksanakan kewajipan-kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain menjalankan kewajipan-kewajipannya.
s 12Lembaga:Pembangunan IndustriOpen ↗
(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturån yang Perlantikan dibuat di bawah seksyen 13, Lembaga boleh melantik, atas apa-apa terma dan .syarat sebagaimana yang pengkhidmatdifikirkannya wajar, pegawai-pegawai dan pengkhidmat- pengkhidmat pengkhidmat yang perlu bagi menjalankan maksudmaksud Akta ini. (2) Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pengkhidmat Lembaga, jika dia, secara angsung atau secara tak langsung, mempunyai sendir tau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingaı dalam apa-apa kontrak, atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.
s 13Open ↗
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan Peraturankelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai- dengan pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga. syarat-syarat perkhidmatan.
s 14Open ↗
(1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan Peraturankelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan peraturan berkenaan berkenaan dengan . tatatertib pegawai-pegawai dan dengan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga. tatatertib. (2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan-peruntukan bagi— (a) penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau (b) penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pengkhidmat Lembaga sementara menanti keputusan prosiding tatatertib terhadapnya. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ın1 hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang ditikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman-hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat. (4) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, dalam menetapkan prosedur bagi prosiding Kumpulan Wang. tatatertib, memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh Lembaga atas pertuduhan tatatertib terhadap orang itu.
Bahagian IV — Kewangan
s 15Open ↗
(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud-maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud-maksud Akta ini oleh Parlimen; (b) wang yang didapati darıpada perkhidmatan perundingan dan nasihat yang disediakan oleh Lembaga; (c) wang yang didapatı darıpada penjalanan sıstem maklumat industri pembinaan; (d) wang yang didapati atau terbit daripada apaapa harta, pelaburan, gadai-janji, gadaian atau debentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada Lembaga; (e) apa-apa harta, pelaburan, gadal-Janjı, gadaıan atau debentur yang diperolehi oleh atau terletakhak pada Lembaga; (f) jumlah-jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; (g) wang yang didapati daripada pendaftaran kontraktor-kontraktor akreditasi, pemerakuan dan pendaftaran pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan; (h) wang yang dipungut dengan cara levi di bawah seksyen 34 Akta ini; dan i) ala apş altau hrarta laiady aena mungyir kepada, atau terletakhak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi, kuasakuasa dan kewajipan-kewajipannya.
s 16Open ↗
Miaka adulaputan njani densan pan ksambana eaia menjalankan dan menunaikan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
s 17Open ↗
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi Perbelanjaan maksud-maksud— Yandakiah (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang tånesungkan ilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk Kumpulan ee dan kos guaman dan kos-kos dan tee-tee Wan lain, dan saraan bagi pegawai-pegawai dan pengkhıdmat-pengkhıdmat yang dilantık dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan awal; (b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujuterima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 4; (c) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan (d) pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini. Perbelanjaan penyediaan anggaran. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan 1980 adailah terpakai. Akta 240. Kuaśa untuk meminjam.
s 18Open ↗
(1) Perbelanjaan Lembaga sehingga sebanyak yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang. (2) Sebelum permulaan setiap tahun; Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan. (3) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu. (4) Menteri boleh mengarahkan Lembaga mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
s 19Open ↗
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 adalah terpakai bagi Lembaga dan manamana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
Bahagian V — Kuasa-kuasa lain lembaga
s 20Open ↗
(1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya. (2) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan elulusan Menteri, meminjam wang melalui pengeluaral on, debentur atau stok daripada apa-apa kelas dan nila dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suaimanfaat, dengan kelulusan Menteri, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) peruntukan modal kerja; (b) pelaksanaan fungsi-fungsi, penjalanan kuasakuasa dan penunaian kewajipan-kewajipan Lembaga di bawah Akta ini; (c) pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini; (d) penebusan apa-apa syer atau stok yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan (e) apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sewajarnya pada akaun modal.
s 21Open ↗
Pada melaksanakan fungsi-fungsinya, menjalankan Kuasa untuk kuasa-kuasanya dan menunaikan kewajipan-kewajipan- memberikan nya, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikar tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri, patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.
s 22Open ↗
Aset Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untuk Pelaburan. dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri.
s 23Open ↗
Lembaga boleh mengguna-khidmat dan membayar Kuasa untuk ejen-ejen dan penasihat-penasihat teknik, termasuk . mengguna- • khidmat. peguambela dan peguamcara, jurubank, pengurus kumpulan wang, broker saham, juruukur, penilai dan orang-orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsifungsinya, menjalankan kuasa-kuasanya atau menunaikan kewajipan-kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud-maksud Akta ini dengan lebih baik. Kuasa untuk 24. (1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan menubuhkan perbadanan. kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan lalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan, dengar apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga, untuk melaksanakan dan untuk menjaga, mengelolakan dan Mi diakangkan plapogit, kikm oleh larihga yane melaksanakan fungsi-fungsinya, menjalankan kuasakuasanya atau menunaikan kewajipan-kewajipannya. (2) Jadual Kedua adalah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1). Pehdaftaran kontraktorkontraktor. Daftar. menghendaki butir-butir.
Bahagian VI — Pendaftaran kontraktor-kontraktor
s 25Open ↗
(1) Tiada seorang pun boleh mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga. (2) Tiap-tiap perakuan pendaftaran hendaklah mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan.
s 26Open ↗
Lembaga hendaklah menyımpan dan menyenggara suatu Dattar yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan dan butir-butir lain kontraktor yang didaftarkan sebagai kontraktor berdaftar.
s 27Open ↗
(1) Bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya di bawah seksyen 4, Lembaga boleh dengan notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mana-mana orang memberi apa-apa butir dalam pengetahuan orang itu, atau dia boleh mendapatkan, berhubungan dengan mana-mana kontraktor atau kerja pembinaan mengikut apa-apa cara dan bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga. (2) Notis di bawah subseksyen (1) boleh disampaikan dengan .menyerahkannya kepada orang itu di tapak binaan, tempat kerjanya atau di kediamannya. (3) Sesuatu notis boleh menghendaki maklumat diberikan pada masa tertentu atau dalam lat-lat tempoh tertentu. (4) Lembaga tidaklah boleh menghendaki mana-mana orang memberikan maklumat yang akan menzahirkan apa-apa rahsia perdagangan.
s 28Open ↗
Seseorang yang Penalti (a) tidak mematuhi kehendak-kehendak suatu notis mrana idak yang dikeluarkan di bawah seksyen 27; atau (b) dengan disedarinya atau secara melulu memberikan atau menyebabkan diberikan apaapa butir palsu mengenai apa-apa perkara yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah seksyen 27, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
s 29Open ↗
Seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan Penalti atau menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja kerana menjalankan pembinaan tanpa didattarkan sebagai kontraktor kerja-kerja berdaftar dengan Lembaga adalah melakukan suatu pembinaan kesalahan di bawah Akta ini dan, apabila disabitkan, didaftarkan. .boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
s 30Open ↗
(1) Jika Lembaga mendapati bahawa kerja-kerja Notis kepada pembinaan sedang diusahakan atau dijalankan oleh tak berdaftar kontraktor yang tidak berdaftar dengan Lembaga, supaya Lembaga boleh dengan notis dalam bentuk yang menghentikan kerja-kerja ditetapkan yang disampaikan kepada kontraktor itu pembinaan. menghendakinya untuk tidak memulakan atau meneruskan kerja-kerja pembinaan itu. Kontraktor Berakta Ata dii. (2) Seseorang yang tidak mematuhi kehendakkehendak notis di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
s 31Open ↗
Tiap-tiap kontraktor berdaftar adalah tertakluk kepada Akta ini. Akreditasi pemerakuan. Daftar. Pengenaan levi.
Bahagian VII — Akreditasi dan pemerakuan pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan
s 32Open ↗
(1) Lembaga hendaklah meakreditasikan dan memperakui pekerja-pekerja binaan mahir dan penyeliapenyelia tapak binaan mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan. (2) Pekerja-pekerja binaan mahir yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga. (3) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui sesuatu perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, memotong, mengubah atau meminda Jadual Ketiga.
s 33Open ↗
Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu Daftar yang hendaklah mengandungi nama, alamat, tred, kemahiran dan butir-butir lain mengenai pekerjapekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan yang diakreditasikan.
Bahagian VIII — Levi
s 34Open ↗
(1) Tiap-tiap kontraktor berdaftar hendaklah memberitahu dan mengemukakan kepada Lembaga apaapa kontrak yang dia telah sempurnakan ke atas apa-apa kerja pembinaan yang mempunyai jumlah kontrak lima ratus ribu ringgit ke atas. (2) Maka hendaklah dikenakan oleh Lembaga ke atas tiap-tiap kontraktor berdaftar, sebelum bermulanya apapa kerja pembinaan yang mempunyai jumlah kontral ima ratus ribu ringgit ke atas, levi yang hendaklah sukı peratus daripada jumlah kontrak. (3) Lembaga hendaklah selepas itu memberitahu kontraktor berdattar mengenai amaun levi yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga. (4) Levi boleh dibayar kepada Lembaga atau ejenejennya yang diberikuasa di mana-mana pejabat atau tempat yang ditentukan oleh Lembaga. (5) Jika seseorang kontraktor berdaftar gagal membayar apa-apa levı yang kena dıbayar dalam apaapa tempoh yang ditetapkan, kontraktor berdaftar itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. (6) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengurangkan atau menaikkan kadar levi yang dinyatakan dalam subseksyen (2). (7) Amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah didapatkan kembali sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Lembaga. (8) Dalam seksyen ini, "jumlah kontrak" ertinya balasan bagi suatu kontrak berkenaan dengan apa-apa kerja pembinaan. Perlantikan Pegawaipegawai Penyiasat.
Bahagian IX — Penguatkuasaan dan penyiasatan
s 35Open ↗
(1) Lembaga boleh melantik sekian bilangan pegawai-pegawai penyiasat yang dikenali sebagai Pegawai-Pegawai Penyiasat Lembaga yang difikirkannya perlu bagi maksud-maksud menjalankan penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan atau pemeriksaan di bawah Akta ini. (2) Seseorang Pegawai Penyiasat hendaklah, bagi maksud-maksud menentukan sama ada peruntukanperuntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya adalah dipatuhi, mempunyai kuasa pada bila-bila masa yang munasabah untuk memasuki mana-mana tapak binaan di mana kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan dan membuat apa-apa siasatan atau pemeriksaan yang perlu bagi maksud-maksud itu. (3) Semasa menjalankan sesuatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah seksyen ini Pegawai Penyiasat boleh— (a) mengemukakan soalan-soalan berkenaan dengan pendaftaran mana-mana kontraktor, akreditasi dan pemerakuan pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan atau pembayaran levi, dan kesemua orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan-soalan itu dengan benar dengan sedaya upaya mereka; dan (b) menghendaki mana-mana orang itu mengemukakan kepadanya apa-apa rekod yang dikehendaki disimpan di bawah Akta ini dan boleh menyitanya atau mengambil salinansalinannya. (4) Tiap-tiap Pegawai Penyiasat semasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan hendaklah menunjukkan kuasanya secara bertulis kepada mana-mana orang yang terjejas oleh penjalanan kuasa-kuasa itu. (5) Apabila selesai penyiasatannya, Pegawai Penyiasat hendaklah dengan serta-merta memberi segala maklumat berhubungan dengan perlakuan apa-apa kesalahan kepada pegawal penjaga balal polis dan seseorang pegawai polis boleh, dengan waran, menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau manamana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Bahagian X — Am
s 36Open ↗
(1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau Obligasi bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di menyimpan rahsia. bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai atau pengkhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehinya semasa menjalankan kewajipan-kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
s 37Open ↗
(1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, Kuasa untuk membuat apa-apa peraturan yang suaimantaat atau perlu ,membuat bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini peraturandengan lebih baik. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi- (a) menetapkan cara dan bentuk bagi pendaftaran kontraktor-kontraktor dan syarat-syarat pembatalan, penggantungan atau kemasukan semula pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar; (b) menetapkan cara dan bentuk pungutan levi; (c) menetapkan bentuk dan cara penyampaian mana-mana notis yang dikehendaki di bawah Akta ini; Penjalanan pendakwaan. Penalti am. Kuasa untuk mengecuali- (d) menetapkan fee-fee dan caj-caj yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara yang dikehendaki bagi maksud-maksud Akta (e) menetapkan cara dan bentuk akreditasi dan pemerakuan pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan; (f) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai-pegawai dan pengkhidmatpengkhidmat Lembaga; (g) menetapkan cara bagaimana dan terma-terma dan syarat-syarat yang atasnya pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 21; (h) mengadakan peruntukan pada amnya mengenai pelaksanaan fungsi-fungsi, penjalanan kuasakuasa dan penunaian kewajipan-kewajipan Lembaga di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini; dan (i) apa-apa perkara lain amnya untuk menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
s 38Open ↗
(1) Tiada pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya. (2) Mana-mana pegawai Lembaga yang diberikuasa secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga boleh menjalankan pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.
s 39Open ↗
Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan jika tiada penalti diperuntukkan dengan khusus boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
s 40Open ↗
(1) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk dıkenakan, mana-mana orang atau golongan orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya— (a) atas alasan bahawa kontraktor itu menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi maksud mendirikan kediaman bagi kegunaannya sendiri; (b) atas alasan bahawa kontraktor itu mengambil kerja kurang daripada tiga orang pekerja untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan; atau (c) bagi apa-apa sebab yang baik yang konsisten dengan maksud-maksud Akta ini. (2) Menteri boleh pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika Menteri berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi boleh diberikan.
s 41Open ↗
(1) Mana-mana orang yang sebelum sahaja tarikh Peruntukan mula berkuatkuasanya Akta ini telah menjalankan apa- deralinan apa kerja pembinaan boleh terus berbuat demikian dalam kecualian. tempoh dua belas bulan daripada mula berkuatkuasanya Akta ini: Dengan syarat bahawa dalam tempoh itu orang itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik membuat permohonan bagi pendaftaran sebagai kontraktor atau bagi akreditasi, pemerakuan dan pendaftaran sebagai pekerja binaan mahir atau penyelia tapak binaan. (2) Mana-mana kontraktor yang menjalankan apa-apa kerja pembinaan menurut suatu kontrak yang disempurnakan sebelum tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah dikecualikan daripada pembayaran apa-apa levi di bawah seksyen 34.
Jadual PertamaJADUAL PERTAMASupplementaryOpen ↗
(Subseksyen 5(2)) PERUNTUKAN-PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI LEMBAGA dan adalah layak dilantik semula. Pongosongan jawatan. Saraan atau elaun. Mesyuarat. (2) Perlantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab. (3) Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakka jawatannya dengan mengutus surat kepada Menteri urusan Lep-iga sbagota yand peah magi umepukan makea klpada kewajipannya dengan berkesan. 2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong- (a) jika dia mati; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 36; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; (c) jika dia menjadi bankrap; (d) jika dia tak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain, tak berupaya menunaikan kewajipan-kewajipannya; (e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut- turut tanpa kebenaran Lembaga; (f) jika perletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (8) jika perlantikannya dibatalkan oleh Menteri. (2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan-peruntukan yang berkenaan. 3. Maka hendaklah dıbayar kepada anggota-anggota Lembaga atau perkhidmatan yang terpakai baginya) apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. 4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali. (2) Kuorum Lembaga ialah tujuh orang. (3) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah menentukan prosedurnya sendiri 5. Lembaga boleh menjemput atau meminta mana-mana orang Lombaga bolch (yang bukan anggota Lembaga) menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang menghadiri apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu. 6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai biasa yang Meterai mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan "Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia" boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai biasa Lembaga. (3) Meterai biasa itu hendaklah disimpan dalam jagaan seorang Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberikuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberikuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau suratcara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh lısempurnakan oleh Lembaga mengıkut cara yang serupa; dan mana nana dokumen atau suratcara itu boleh disempurnakan bagi piha Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pengkhidmat Lembaga yang diberikuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu. (4) Meterai biasa Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. 7. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat suatu kontrak atau yang ada mempunyaı kepentıngan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Lembaga, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, MiniL. Keesahan perbuatan dan prosiding. Kuasa Lembaga untuk membuat poraturan" pcraturan berkenaan dengan perbadanan. Batasan kuasa menubuhkan perbadanan. melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara sisen) gaembaga henmapaad meayebahkan maini sepala mesyuaratnya Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa pa kecacatan dalam penubuhan, Lembag (b) ada pelanggaran peruntukan-peruntukan perenggan 7 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Jadual KeduaJADUAL KEDUASupplementaryOpen ↗
(Subseksyen 24(2)) PERUNTUKAN-PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI PERBADANAN YANG DITUBUHKAN OLEH LEMBAGA 1. Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 24, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan— (a) maksud-maksud dan tujuan-tujuan perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak-hak, kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan fungsi- fungsi perbadanan itu; (c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan (d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan Lembaga ke atas perbadanan. itu. 2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan sebagai memberikuasa Lembaga membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan apa-apa perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan Pembinaan-Malaysia yang lebih luas bidangnya daripada maksud-maksud atau tujuan- tujuan Lembaga itu ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk antara hak-hak, kewajipan-kewajipan, kuasa-kuasa atau fungsi-fungsi Lembaga di bawah Akta ini. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini dan mana - Kuakuan- mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 37, sesuatu perbadanan hendaklah terikat dengan apa-apa peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuatkuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini. 4. Lembaga boleh pada bila-bila masa, dengan kelulusan Menteri, Pindaan meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan yang peraturan- peraturan. dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan. 5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang Daftar ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 24 dan daftar itu, bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya. 6. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah Penggulungan. yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan. (2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah dan terletakhak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan. (3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga. Zadalah meiągd srbad pear yanan dieubuikaan die aa h sekpaen 2 cea yang diberikan oleh Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun, pertubuhan dan mempunyai suatu meterai biasa dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang kerananya ia telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tıdak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal. Meterai biasa perbadanan. 8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai bıasa yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluşkan oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungı nama perbadanan melingkungi huruf "LPIPM oleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai bias perbadanan itu. (3) Meterai biasa itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberikuasa oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau suratcara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan; dan mana- mana dokumen atau suratcara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pengkhidmat perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pengkhidmat perbadanan yang diberikuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu. (4) Meterai biasa tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Jadual KetigaJADUAL KETIGASupplementaryOpen ↗
(Seksyen 2 dan subseksyen 32(2)) PEKERJA-PEKERJA BINAAN MAHIR 1. Tukang konkrit 2. Pembengkok bar 3. Tukang kayu 4. Penurap batu/Tukang batu 5. Tukang plaster/Tukang turap 6. Tukang jubin 7. Tukang cat 8. Tukang kayu halus 9. Pekerja logam 10. Tukang buat longkang 11. Tukang kaca 12. Pengimpal 13. Pengendali loji binaan 14. Tukang paip 15. Juruelektrik Berlesen

Cite this legislation

Official citation
Act 520
Source
lom.agc.gov.my
Data synced
Licence
Official text, free to reproduce (Copyright Act 1987 [Act 332] s 3) ↗

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 [Act 520] (Laws of Malaysia, lom.agc.gov.my). Retrieved via LawPlayer, https://lawplayer.com/my/act/act-520

This text is synced from lom.agc.gov.my. In case of any discrepancy, the authoritative text prevails.

View on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next