s 8
(1) Lembaga hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti-aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang raktık selepas akhır setiap tahun kewangan nenyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada manamana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.