s 40
(1) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk dıkenakan, mana-mana orang atau golongan orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya— (a) atas alasan bahawa kontraktor itu menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi maksud mendirikan kediaman bagi kegunaannya sendiri; (b) atas alasan bahawa kontraktor itu mengambil kerja kurang daripada tiga orang pekerja untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan; atau (c) bagi apa-apa sebab yang baik yang konsisten dengan maksud-maksud Akta ini. (2) Menteri boleh pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika Menteri berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi boleh diberikan.