s 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya Tafsiran. menghendaki makna yang lain— "anggota" ertinya seseorang anggota Lembaga termasuk Pengerusi; "industri pembinaan" ertinya industri berkenaan dengan kerja-kerja pembinaan; "kerja-kerja pembinaan" ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan— (a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi; (b) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan atau talian kabel, terusan atau padang terbang; (c) apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai; (d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau (e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip, pembetung, akueduk, pemacu, syaf, terowong atau kerjakerja penebusgunaan, dan termasuklah apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuk pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, meletakkan batu asas, pemulihan dan melanskap tapak; "Ketua Pegawai Eksekutif" ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11; "kontraktor" ertinya seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan; "Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 15; "bimlangal eaysia y aembtia Dkan di bavah Seduyeri "Menteri" ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkaraperkara yang berhubungan dengan kerjaraya; "pekerja binaan mahir" ertinya seseorang yang memiliki tahap kemahiran yang boleh diterima sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada satu atau lebih tred seperti yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga; "Pengerusi" ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5; "penyelia tapak binaan" ertinya seseorang yang ditugaskan di tapak binaan oleh kontraktor untuk menyelia kerja-kerja pembinaan; "syarikat" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada "perbadanan" di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965. Akta 125.